KLUANG: Dua warga emas maut selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung di KM27, Jalan Kluang-Teck Wah Heng, Renggam dekat sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang DSP Nik Mohd Azmi Husin dalam kenyataan hari ini memaklumkan nahas yang berlaku pada kira-kira 2 petang itu membabitkan kenderaan jenis Mercedes Benz dan Toyota Hilux.
Beliau berkata kedua-dua pemandu yang berusia 71 dan 74 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan.
"Siasatan awal mendapati kereta Mercedes Benz dipandu oleh lelaki berusia 71 tahun dari arah Layang-Layang ke Renggam manakala Toyota Hilux dipandu oleh lelaki berusia 74 tahun dari arah bertentangan sebelum kedua-duanya bertembung," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Penolong Penguasa Bomba Nizar Mamun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.55 tengah hari dan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata kedua-dua mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dikeluarkan dengan peralatan khas dan didapati telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.
"Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada 3.17 petang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024

Kedua-dua mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dikeluarkan dengan peralatan khas dan didapati telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan. - Foto PDRM

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dua warga emas maut, kereta dipandu bertembung di Kluang
Dua warga emas maut selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung di KM27, Jalan Kluang-Teck Wah Heng, Renggam dekat Kluang.