JOHOR BAHRU: Terdesak disebabkan bekalan makanan dan duit simpanan semakin susut, menjadi antara faktor menyebabkan seorang suri rumah terpaksa mengibarkan bendera putih di hadapan rumahnya, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, di sini bagi meminta bantuan.
Menurut Nur Husna Mohd Room, 35, tindakan itu dibuat selepas dia berasa risau memikirkan nasib tiga anaknya yang perlu dijaga, apatah lagi suaminya kini berada di Melaka kerana mencari pekerjaan dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang ke Johor Bahru.
Nur Husna berkata ketiadaan suami di sisi sejak beberapa bulan lalu, disebabkan penutupan kilang yang memaksa suaminya berhenti kerja, sedikit sebanyak menganggu emosinya sebagai ibu yang perlu mengurus tiga anak secara sendirian.
"Mula-mula memang malu (kibar bendera putih) tetapi dengan sokongan jiran dan apabila fikir balik buat apa nak malu. Jadi terpaksa buang perasaan itu sebab saya dan anak-anak memang dalam keadaan susah. Ini pun bersyukur kerana ketua blok dan jiran ada datang menghulurkan bantuan," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini hari ini.
Sementara itu, seorang warga emas yang juga menetap di PPR Desa Mutiara, R. Saroginy, 68, berkata dia juga terpaksa membuang perasaan malu untuk mengibarkan bendera putih, demi meneruskan kelansungan hidup dalam menyara dua daripada empat anaknya, yang menghadapi masalah mental.
"Saya hanya bekerja sebagai tukang cuci dan tinggal di rumah yang ditanggung oleh majikan. Pada masa sama saya perlu jaga seorang anak, perlu membawanya ke hospital untuk rawatan menaiki teksi atau Grab, mujur seorang lagi yang menghadapi masalah mental tinggal di Hospital Permai," kata Saroginy yang juga seorang ibu tunggal.
Sementara itu, Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam berkata, usaha ini akan diteruskan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara, yang mengalami kesusahan tatkala berdepan dengan pandemik COVID-19.
"Setakat ini lebih 200 keluarga di Johor telah mendapat inisiatif ini, manakala di seluruh negara kita sudah salurkan bantuan kepada 500 keluarga," katanya menambah antara barangan yang dihulurkan termasuk beras, tepung, gula, kopi, biskut, telur, sardin dan sayur-sayuran.
Dalam pada itu Mas Imran turut meminta orang ramai, untuk mengambil gambar dan kongsikan alamat individu yang dikenal pasti menaikkan bendera putih kepada Econsave, di talian 016-2137387 atau memuat naik maklumat tersebut di Facebook rasmi EconsaveMY.
BACA: PEMULIH: Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos - PM
BACA SEMUA BERKAITAN PEMULIH DI SINI
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
Sejumlah RM300,000 juga diberikan kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada 1 Julai.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berhubung perkara ini memaklumkan peruntukan itu turut diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 05 2021
R. Saroginy berkata dia juga terpaksa membuang perasaan malu untuk mengibarkan bendera putih, demi meneruskan kelansungan hidup. - Foto BERNAMA
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini sebaik selesai tugas beliau di United Kingdom (UK).
Pemukiman Menteri Luar ASEAN tumpu isu serantau dan antarabangsa
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) pada Ahad yang akan membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
PM jumpa Corbyn, kongsi pendapat Malaysia-UK, gencatan senjata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Biden dituduh berat sebelah dalam konflik Gaza
Laporan Human Rights Watch (HRW) Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dituduh bersikap berat dalam isu hak asasi manusia berhubung dua konflik yang hampir sama di Gaza dan Ukraine.
Gencata senjata: Israel akan bebaskan 2,000 banduan Palestin pada fasa pertama perjanjian
Hampir 300 rakyat Palestin yang menjalani hukuman penjara seumur hidup juga termasuk dalam senarai pembebasan.
Pemulih SiberKASA jadi agenda lahirkan 20,000 bakat keselamatan siber menjelang 2024
Pemulih SiberKASA: Program Latihan Kemahiran Keselamatan Siber menjadi antara pengerak agenda untuk melahirkan 20,000 bakat dalam bidang keselamatan siber menjelang 2024.
Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi bantu koperasi sepanjang PKP - Noh Omar
Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi berjumlah RM20 juta membantu koperasi yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
GKP 4.0: Bemanfaat untuk jangka masa lebih panjang, PKS boleh luaskan pasaran digital
Gunakan RM1000 itu, meskipun tidak banyak tapi sekurang-kurangnya gunakan ia untuk yang penting, jelas Azharee.
PM harap pemberian BKC bermula esok ringankan beban rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-
CBP lulus 47,413 permohonan moratorium PEMULIH
CBP meluluskan lebih 47,000 permohonan moratorium Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sehingga pertengahan Julai lalu, dengan nilai keseluruhan melebihi RM3.2 bilion.
Buntu fikir jaga dua anak sakit selepas suami hilang pendapatan
Bagi Noor Suraya Saidin, 36, dan suaminya, Mohd Idzwan Jamari, 39, keadaan tidak mudah lebih-lebih lagi dua daripada empat anak mereka mempunyai penyakit serius.
Bantuan bakul makan kepada penduduk Pulau Perhentian tidak pernah putus
Sejak pandemik COVID-19 melanda lebih setahun lalu, bekalan bantuan makanan yang diterima mereka tidak pernah putus.
Tiga fasa pengagihan bakul makanan diberi kepada penduduk Pulau Redang
Lebih RM50,000 telah dibelanjakan bagi membantu masyarakat Pulau Redang yang mempuyai kira-kira 2,000 penduduk.
Bantuan bakul makanan ringankan beban hidup tiga beranak
Penduduk di daerah Kuala Pilah yang terjejas pendapatan dialu-alukan datang ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kuala Pilah.
Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi
Sehingga akhir Jun tahun ini, paras hutang statutori mencecah 56.8 peratus, namun ia masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang dibenarkan.