IPOH: Petugas barisan hadapan serta ahli keluarga mereka mendapat 'standing ovation' ketika Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ke-14 di sini, hari ini.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika titah perasmian meminta semua hadirin berdiri dan memberi tepukan.
“Sebagai tanda apresiasi kita kepada setiap seorang petugas di barisan hadapan serta ahli keluarga mereka, marilah kita sama-sama berdiri dan memberikan mereka satu tepukan penghargaan,” titah baginda.
Baginda bertitah, pandemik COVID-19 menyebabkan doktor, jururawat, petugas kesihatan dan perubatan, pemandu ambulan, pemandu kereta jenazah dan penggali kubur serta pengurus rumah-rumah jenazah tiba-tiba dilanda tanggungjawab berat di luar jangka.
“Mereka berada di barisan paling hadapan, menghadapi risiko jangkitan paling tinggi; satu beban tanggungjawab yang mereka tidak pernah terbayang perlu dihadapi oleh profesion masing-masing,” titahnya.
Sultan Nazrin bertitah, risiko besar juga turut dihadapi penghantar makanan, petugas di kedai runcit, pasar raya dan farmasi; pengendali pengangkutan awam, anggota pasukan keselamatan dan agensi-agensi berkaitan serta pegawai awam di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang mengendalikan pelbagai perkhidmatan penting.
“Mereka telah melaksanakan satu tugas fardu kifayah yang wajib dihargai. Semoga Allah menganugerahkan khidmat dan pengorbanan mereka dengan sebesar-besar ganjaran,” tambah baginda.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Aug 25 2021
Sultan Nazrin Shah bertitah pada istiadat pembukaan rasmi persidangan Mesyuarat Pertama Tahun Keempat, Dewan Undangan Negeri Perak Ke-14, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini. -- fotoBERNAMA
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir: TH salur 10,000 kotak makanan, bantu mangsa terkesan seluruh negara
Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) akan menyalurkan 10,000 kotak makanan kepada lebih 50,000 mangsa terjejas banjir di seluruh negara dalam masa terdekat.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
Anwar rai warga JPM, petugas barisan hadapan di majlis iftar
Anwar hari ini meraikan lebih 1,000 warga JPM dan petugas barisan hadapan di majlis iftar Perdana Menteri bersama JPM dan Petugas Barisan Hadapan di Puspanitapuri di sini.
Jurubahasa perlu beri layanan baik kepada peguam, orang awam - Hakim Besar Malaya
Tiada seorang pun majistret atau hakim yang mampu menjalankan perbicaraan tanpa kehadiran jurubahasa.
COVID-19: Frontliners dirai menerusi tayangan perdana filem Juang
Kesemua mereka yang hadir merupakan petugas barisan hadapan seperti polis, bomba, Rela, pasukan perubatan serta tidak terkecuali pengamal media.
'Walaupun kasar, saya tetap menerimanya' - Pengarah filem Juang tidak kisah dikritik
Menurut Matt, ia sebahagian daripada proses memperbaiki sebarang kelemahan yang ada agar tidak diulang pada penghasilan karya seterusnya.
KJ santuni pesakit kanak-kanak sempena Aidilfitri
Beliau turut mendoakan supaya mereka tabah menghadapi ujian dan sembuh dengan segera.
Petugas pembersihan tidak ketinggalan disantuni di bulan Ramadan
Yayasan Amal Asas ambil inisiatif raikan petugas barisan hadapan yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan.
Agong hadir majlis sempena program 'Ekspedisi Untukmu Barisan Hadapan ke Gunung Kinabalu'
Ia sebagai simbolik menghargai pengorbanan anggota bomba dalam membendung penularan wabak COVID-19.
Lebih 4,000 petugas perubatan di Thailand dijangkiti COVID-19 sejak pandemik melanda
Lebih 4,000 petugas perubatan termasuk doktor dijangkiti COVID-19 sejak pandemik itu mula melanda tahun lalu.