KOTA KINABALU: Pertambahan peruntukan RM68.92 juta kepada RM204.03 juta bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menerusi Belanjawan Sabah 2023.
Menterinya, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan peruntukan sebanyak 33.78 peratus itu menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan perkhidmatan pembangunan bandar yang lebih cemerlang.
Menurutnya, ia turut mampu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Ini sejajar dengan empat teras utama kementerian saya iaitu mentransformasikan penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT); memantap dan melestarikan Pembangunan Sektor Perumahan; perancangan pembangunan guna tanah yang mampan dan sistematik, serta memantapkan fungsi dan peranan Mahkaman Anak Negeri.
"Daripada jumlah ini, 12.4 peratus atau sejumlah RM25.3 juta telah diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan kementeriannya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Rabu.
Tambah Masidi, kementeriannya mengambil perhatian terhadap isu-isu berkaitan projek-projek pembangunan perumahan terbengkalai dengan mewujudkan jawatankuasa khas untuk menangani isu tersebut.
Mengenai cadangan penubuhan Majlis Daerah Kalabakan, Masidi menjelaskan kementeriannya belum bercadang untuk menubuhkan sebuah majlis daerah di Kalabakan.
"Ini disebabkan kawasan Kalabakan masih belum memenuhi kriteria-kriteria asas penubuhan sesebuah majlis daerah seperti bilangan penduduk, jumlah pendapatan tahunan, aktiviti ekonomi dan kemudahan asas.
"Oleh itu, fokus Kementerian pada masa kini tertumpu kepada perancangan fizikal guna tanah, pembangunan ekonomi serta kemudahan asas di kawasan Kalabakan sebagai persediaan ke arah pewujudan Majlis Daerah Kalabakan kelak," katanya.
Astro Awani
Wed Nov 30 2022

Masidi berkata, peningkatan peruntukan sebanyak 33.78 peratus itu menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan perkhidmatan pembangunan bandar yang lebih cemerlang.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Isu kurma dari Israel dan subsidi telur antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Rosol minta menteri nyatakan apakah tindakan yang telah diambil susulan pembongkaran terdapatnya kurma dari Israel dibawa masuk ke Malaysia.

Timbalan menteri dicadang gulung perbahasan Persidangan Parlimen Belia - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan supaya Persidangan Parlimen Belia Malaysia akan datang melibatkan sesi penggulungan daripada sekurang-kurangnya timbalan menteri.

Dewan Rakyat: Penggulungan Bajet 2022 mulai hari ini
Penggulungan Bajet 2022 oleh kementerian-kementerian berkaitan dijadual berlangsung selama empat hari bermula hari ini.

Penggulungan hari terakhir RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini
Hari terakhir sesi penggulungan RMK-12 hari ini akan melibatkan tiga kementerian selain lima portfolio di bawah JPM.

Dewan Rakyat: Penggulungan Kementerian Kesihatan dijangka jadi tumpuan hari ini
Kementerian itu yang pertama akan menggulung perbahasan pada hari kedua penggulungan oleh kementerian-kementerian.

Rayuan kes SRC Najib masuk minggu kedua
Salah seorang pegawai beliau memaklumkan barisan pembeleaan akan memohon mahkamah untuk penggulungan hujah pembelaan kes itu kira-kira pukul 1 petang ini.

Isu usul undi percaya, tidak percaya dibangkit di Dewan Rakyat hari ini
Hassan meminta perdana menteri menyatakan bilakah 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya akan dibentang, dibahas dan diundi di Dewan Rakyat.

Penyelarasan elaun perumahan langkah baik - Cuepacs
Langkah itu juga dilihat mampu memperkasakan lagi sistem perkhidmatan awam terutama dalam soal kebajikan warganya.

Belanjawan 2021: Dewan Rakyat lanjut sidang hingga semua kementerian selesai penggulungan
Setakat ini, 20 kementerian telah menggulung perbahasan dan sesi pengundian dijangka dilakukan sebaik selesai penggulungan terakhir oleh Menteri Kewangan.

Belanjawan 2021: Lulus atau tidak, diketahui hari ini
Pengundian Belanjawan 2021, yang dijadualkan selepas selesai penggulungan oleh Kementerian Kewangan, akan menjadi tumpuan utama persidangan hari ini.