TUMPAT: Atas dasar mengukuhkan lagi hubungan erat dengan Malaysia terutama membabitkan budaya antara dua negara, Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D. McFeeters melancarkan projek dana duta untuk pemuliharaan seni Rebana Kercing hari ini.
Menurut McFeeters, inisiatif memulihara warisan budaya dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ini sebagai simbolik ke arah mengukuhkan kerjasama sedia ada melibatkan budaya dan masyarakat antara dua negara.
“Ini kesempatan yang baik sekali buat kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Tujuan utama kami ialah membina hubungan yang erat warga Malaysia dan warga Amerika, people to people.
“Ini satu contoh kami berusaha melalui US Ambassador Fund for Culture Preservation (AFCP) membantu sedikit dengan projek UMK untuk preserve Rebana Kercing, tidak hanya tentang Rebana Kercing sebaliknya hubungan Malaysia-Amerika,” katanya pada majlis pelancaran projek 'Preservation Of the Rebana Kercing of Kampung Laut' di sini hari ini.
Katanya lawatan ke Kelantan ini merupakan kali keduanya selepas 10 tahun yang lalu.
Pada lawatan terdahulu, pelbagai program kerjasama antaranya program pertukaran pengajian melibatkan remaja dan program pertukaran pendidikan usahawan antara dua negara telah diusahakan.
McFeeters hari ini turut meluangkan masa bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, ahli akademik dan pemimpin muda.
Pada pertemuan dengan Ahmad, McFeeters turut menyentuh harapan untuk mengukuhkan lagi hubungan AS dan Kelantan.
Menyentuh mengenai Anugerah Dana Duta bagi Projek Pemuliharaan Rebana Kercing, sejumlah RM200,000 diperuntukkan untuk penyelidikan dan dokumentasi warisan budaya Rebana Kercing.
Sementara itu, Pemangku Naib Canselor (UMK), Profesor Nik Maheran Nik Muhammad berkata seni budaya Rebana Kercing kini semakin pupus.
Katanya Rebana Kercing merupakan tarian tradisional yang diperkenalkan lebih 150 tahun lalu di Kampung Laut, Tumpat.
“Proses penyelidikan dan dokumentasi kita akan laksanakan sehingga November ini dan hujung tahun kita akan persembahkan apa yang didapati dan juga kita akan persembahkan Rebana Kercing dari kalangan anak-anak muda sekolah dan universiti yang ambil bahagian dari projek ini,” katanya.
Untuk rekod, seni budaya Rebana Kercing yang diancam kepupusan tidak popular seperti mana warisan budaya mak yong dan wayang kulit yang turut mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Muhafandi Muhamad
Wed Jan 19 2022
Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D. Mcfeeters (tengah) mendengar penerangan mengenai Rebana Kercing pada majlis pelancaran projek 'Preservation Of the Rebana Kercing of Kampung Laut' hari ini. - Foto BERNAMA
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Potensi pasaran Malaysia pacu pelaburan berterusan AS - Duta
Beliau menekankan perkongsian ekonomi yang berterusan antara AS dan Malaysia selain pelaburan dan peluang pekerjaan yang telah dijana.
Duta AS lancar projek pemuliharaan Rebana Kercing
Inisiatif memulihara warisan budaya dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ini sebagai simbolik ke arah mengukuhkan kerjasama sedia ada melibatkan budaya dan masyarakat dua negara.
Dedikasi Jamaluddin Jarjis bantu perkukuh hubungan Malaysia-Amerika
Jamaluddin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih petang semalam, adalah tokoh yang amat tekun memperjuangkan kepentingan Malaysia.