KUALA LUMPUR: Duta Malaysia ke Romania, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin yang baru dilantik menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Romania, Klaus Werner Iohannis pada Isnin.
Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Kedutaan Malaysia di Bucharest, ketika pertemuan dengan ketua negara itu, Tengku Sirajuzzaman menyatakan beliau akan terus menyambung usaha bagi mengukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin.
Ini termasuk meneroka peluang dalam sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan, selain kerjasama di peringkat forum pelbagai hala dan antarabangsa juga akan terus diperkukuh dan dipergiatkan.
Iohannis menerima baik komitmen itu dan turut menyatakan harapan beliau agar kerjasama kedua-negara dapat dipertingkatkan lagi di masa depan untuk kebaikan bersama.
Dua lagi duta baharu ke Romania, iaitu dari Mesir dan Austria turut menyampaikan watikah pelantikan masing-masing kepada lohannis pada sesi yang sama.
Sebelum memulakan karier diplomatik di Kementerian Luar pada 1997, Tengku Sirajuzzaman merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Politik-Keselamatan), Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar.
Beliau juga pernah memegang jawatan Konsul Jeneral Malaysia ke Hong Kong, China, dari 2014 hingga 2019.
Hubungan diplomatik Malaysia-Romania telah terjalin sejak 1969. Kedutaan Malaysia di Bucharest dibuka pada 1982 di peringkat Kuasa Usaha dan kemudian dinaik taraf ke peringkat Duta Besar pada awal tahun 2006. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Duta Malaysia ke Romania, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin yang baru dilantik bergambar kenangan bersama Presiden Romania, Klaus Werner Iohannis selepas menyerahkan watikah pelantikan pada Isnin.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Duta Malaysia ke Romania serah watikah pelantikan kepada Presiden Iohannis
Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin ikrar akan terus menyambung usaha bagi mengukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin.