PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mewajibkan pihak yang ingin menjalankan empat aktiviti membabitkan haiwan iaitu penginapan, menunggang dan mengepung, tempat perlindungan serta urusan jual beli haiwan hidup dalam kurungan mendapatkan lesen mulai 1 Jan lepas.
Ketua Pengarah Veterinar Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata langkah ini selaras dengan Seksyen 15 Akta Kebajikan Haiwan 2015, Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Fi Pelesenan) 2021.
Beliau berkata di bawah akta itu, 13 aktiviti melibatkan haiwan berkaitan pengurusan, penyimpanan serta penjagaan yang mewajibkan pelesenan dan aktiviti lain akan dikuat kuasa dalam fasa berikutnya.
"Kewajipan pelesenan ini bagaimanapun tidak terpakai untuk pemilik haiwan kesayangan yang dipelihara di rumah," katanya dalam sidang media webinar mengenai pelaksanaan penguatkuasaan aktiviti melibatkan haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Norlizan berkata aktiviti lain yang memerlukan lesen daripada DVS termasuk hotel dan spa untuk haiwan, kedai binatang peliharaan serta tempat perlindungan haiwan terbiar.
Beliau juga berkata DVS memberikan tempoh tangguh selama enam bulan kepada pemilik premis terbabit untuk mendapatkan lesen.
Katanya permohonan lesen perlu dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://awa.dvs.gov.my, dan fi yang dikenakan ialah RM100 untuk tempoh setahun bagi setiap aktiviti manakala RM50 bagi pembaharuan lesen untuk tempoh tiga tahun.
Dr Norlizan berkata antara syarat pemohonan ialah menyediakan pelan bagi premis terbabit dan memastikan lima keperluan haiwan seperti tempat tinggal yang selesa, diet mencukupi dan berkhasiat serta hak menerima rawatan daripada pakar atau doktor veterinar dipenuhi.
Beliau berkata sebarang pelanggaran melibatkan akta dan peraturan terbabit boleh dikenakan penalti antara RM15,000 dan RM75,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"DVS menyeru semua pihak berkepentingan agar memberikan kerjasama bagi mencapai objektif pelesenan tersebut dan seterusnya memastikan kebajikan haiwan menerusi aktiviti melibatkan haiwan terus terjamin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
![DVS kuat kuasa pelesenan bagi empat aktiviti libatkan haiwan DVS kuat kuasa pelesenan bagi empat aktiviti libatkan haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/71559645602_HotelKucing.jpg)
Di bawah akta itu, 13 aktiviti melibatkan haiwan berkaitan pengurusan, penyimpanan serta penjagaan yang mewajibkan pelesenan dan aktiviti lain akan dikuat kuasa dalam fasa berikutnya. -Gambar hiasan
![Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656099_TBSydney.jpg)
Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kematian empat ekor kucing akibat serangan haiwan liar - Polis Kematian empat ekor kucing akibat serangan haiwan liar - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734848932_tbkucingmatiUM.jpg)
Kematian empat ekor kucing akibat serangan haiwan liar - Polis
Tiada unsur penderaan dalam kes kematian empat ekor kucing yang dilaporkan di Universiti Malaya sejak Disember lalu.
!['Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan 'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735296223_TBRAJESH.jpg)
'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di UM mungkin dilakukan psikopat.
![Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Cyberjaya Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Cyberjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679129649_TamanKucing.jpg)
Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Cyberjaya
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya hari ini.
![Aidilfitri: Pastikan keselamatan, keselesaan si comel sebelum pulang beraya Aidilfitri: Pastikan keselamatan, keselesaan si comel sebelum pulang beraya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651222145_TBKUCINGRAYA.jpg)
Aidilfitri: Pastikan keselamatan, keselesaan si comel sebelum pulang beraya
Mereka yang enggan membawa pulang si comel ke kampung, boleh meninggalkannya di rumah namun perlu beri penekanan kepada beberapa aspek.
![Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing? - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'! Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing? - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648450084_doktorhaiwanpegan.jpg)
"Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing?" - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'!
Enggan isu berkenaan diperbesarkan hingga menimbulkan kekeliruan, doktor itu kemudian tampil menjawab mengapa dia tidak memakai sarung tangan.
![OKU pendengaran atasi kekurangan jadi doktor veterinar OKU pendengaran atasi kekurangan jadi doktor veterinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647683013_GraduanDoktorPeru.jpg)
OKU pendengaran atasi kekurangan jadi doktor veterinar
Dr Abdul Aziz Abdul Rahman merupakan antara penerima ijazah sempena Istiadat Konvokesyen UPM ke-45 di Serdang hari ini.
![DVS kuat kuasa pelesenan bagi empat aktiviti libatkan haiwan DVS kuat kuasa pelesenan bagi empat aktiviti libatkan haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/71559645602_HotelKucing.jpg)
DVS kuat kuasa pelesenan bagi empat aktiviti libatkan haiwan
Langkah ini selaras dengan Seksyen 15 Akta Kebajikan Haiwan 2015, Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Fi Pelesenan) 2021.