KUALA LUMPUR : Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) mengetatkan syarat import lembu hidup daripada negara luar sebagai usaha untuk mencegah penularan penyakit kulit berbonjol atau Lumpy Skin Disease (LSD).
Menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Ir Izham Hashim, kawalan di pintu masuk negara turut akan diperkemaskan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dalam usaha pencegahan dan tindakan akan dikenakan buat mana-mana konsainmen lembu import yang menunjukkan gejala penyakit LSD di stesen kuarantin.
"Pada 2 Jun lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor telah mengesan satu kes di Gombak melibatkan lima ekor lembu yang menunjukkan tanda klinikal penyakit LSD.
"Sampel nodul dan darah telah diambil dan dihantar ke makmal veterinar untuk ujian pengesahan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam masa yang sama kata Izham, ladang tersebut juga telah diarahkan untuk mengasingkan ternakan yang sakit, menjalani kuarantin dan tidak dibenarkan untuk memindahkan ternakan keluar atau masuk dari ladang ketika ini.
Susulan itu, ujarnya ketika ini DVS sedang melaksanakan survelan aktif ke atas ladang lembu dan kerbau di Selangor selain memberi khidmat nasihat kepada penternak mengenai langkah pencegahan LSD.
"Bahagian Penguatkuasaan Veterinar juga mengawal sempadan negeri untuk mencegah kemasukan ternakan yang tidak mempunyai permit perjalanan dan Sijil Kesihatan Veterinar yang sah.
"Kesalahan di atas boleh menyebabkan ternakan atau hasilan ternakan disita, dirampas dan dikenakan penalti denda serta penjara.
"Bagi meningkatkan keberkesanan kawalan penyakit LSD di Selangor, kolaborasi dengan jabatan dan agensi negeri yang berkaitan juga amat diperlukan," jelasnya.
Izham dalam masa sama, menyeru agar masyarakat agar tidak risau untuk makan daging lembu dan kerbau tempatan yang disembelih di rumah sembelih kerajaan atau rumah sembelih swasta yang diberi lesen.
Ini kerana katanya, setiap premis tersebut mempunyai pemeriksa daging bagi membuat pemeriksaan ante dan post-mortem kepada setiap sembelihan bagi memastikan ia selamat dimakan.
"Pengguna boleh memeriksa tag karkas dan cop legenda rasmi pada karkas sebagai kaedah bagi mengesahkan karkas tersebut dari rumah sembelih yang sah.
"Bagi memastikan pematuhan kepada Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009, Bahagian Penguatkuasaan Veterinar sentiasa melakukan pemeriksaan di pasar awam dan pasar tani bagi memastikan hanya ternakan yang disembelih di rumah sembelih yang sah sahaja boleh dijual di pasaran tempatan," jelas beliau lagi.
Astro Awani
Sat Jun 05 2021

DVS sedang melaksanakan survelan aktif ke atas ladang lembu dan kerbau di Selangor selain memberi khidmat nasihat kepada penternak mengenai langkah pencegahan LSD. - Gambar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

DVS perketat syarat lembu import susulan penyakit kulit berbonjol
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) mengetatkan syarat import lembu hidup daripada negara luar.