Pendakwah bebas dan usahawan terkenal 'Ebit Lew' yang sering meniti di bibir masyarakat kebelakangan ini berikutan sumbangannya dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan, diberikan penghargaan bagi kategori Anugerah Khas, Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2020.
Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2020 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, hari ini.
Ebit Lew ataupun nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, biarpun menganggap tidak layak untuk menerima anugerah berkenaan, beliau tetap bersyukur dan berharap anugerah itu sedikit sebanyak dapat menjadi inspirasi kepada anak-anak muda.
"Saya sedar saya tidak layak dan ramai lagi orang yang berkorban dan berjuang, saya adalah orang yang kecil dalam kalangan yang ramai (membantu orang), tetapi saya bersyukur dan gembira kerana diberi penghargaan ini dan gembira dapat bersama dengan anak-anak muda.
"Anak-anak muda perlu berjuang dan apa sahaja kita buat, bila niat kerana tuhan, kita tidak akan berhenti buat baik. Kalau kita niat kerana orang, kita akan kecewa dan berhenti buat baik. Bayangkan kalau kita bantu masyarakat dan didik orang lain, jika tidak tanam keikhlasan itu, kita akan berhenti buat baik...sama ada dihargai, dikeji atau dipuji, kita perlu terus buat baik, yang penting Allah reda dengan apa kita lakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah berkenaan, di sini, hari ini.
Ebit Lew yang menerima sebuah trofi, sijil penghargaan dan hadiah berupa wang berjumlah RM10,000 itu adalah antara 13 individu yang menerima anugerah APBN 2020.
Sementara itu, penerima Anugerah Wira Belia COVID-19 Raudhatul Ain Rosni, yang meninggal dunia pada 5 Julai akibat leukimia, diangkat berikutan sumbangan kerja kebajikannya.
Bapanya Rosni Mat Shuhod, 67, dilihat sebak dan mengalirkan air mata ketika menerima anugerah berkenaan bagi pihak Allahyarham.
Ibu Raudhatul Ain, Safiah Serjuni berkata dia tidak menyangka anak perempuan tunggalnya itu aktif dalam membantu orang ramai memandangkan arwah adalah orang yang perahsia.
"Saya tidak menyangka dan tidak tahu segala kebaikan yang dia telah buat, kerana dia suka buat sesuatu secara senyap-senyap.
"Ketika hari kematiannya, ramai orang datang dan rentas negeri melawat. Saya sedih tetapi reda atas pemergiannya," katanya sambil menambah anaknya masih membantu kawannya yang terjejas dalam perniagaan meskipun semakin teruk kesihatannya pada ketika itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 15 2020

Perdana Menteri menyampaikan sijil dan plak sebagai anugerah khas kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Lew Yun Pau pada Perasmian Hari Belia Negara 2020 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil'
Muhammad Asmawi Sulaiman, 29, dinobatkan sebagai johan kategori individu lelaki Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2024.

Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen
Isu tersebut bukanlah kepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikan isu tersebut sebaiknya.

Ebit Liew harap dapat jadi inspirasi buat orang muda
Ebit Lew yang menerima sebuah trofi, sijil penghargaan dan hadiah berupa wang berjumlah RM10,000 itu adalah antara 13 individu yang menerima anugerah APBN 2020.