KUALA LUMPUR: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sedang berusaha mendapatkan pelaburan daripada syarikat pembuatan kenderaan rekreasi (RV) Jerman yang terkemuka di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Berikutan peningkatan permintaan bagi opsyen yang lebih selamat bagi melancong serta lebih mesra alam semasa pandemik selain bertambahnya angka peminat RV di seluruh dunia, ECERDC telah mengambil langkah untuk menarik pemain industri RV luar negara meneroka peluang pelaburan dan perniagaan di ECER.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Baidzawi Che Mat dalam satu kenyataan berkata inisiatif ECERDC ini telah berjalan selama lebih dari setahun, dan menjelang Februari, pemain industri RV telah menerima jemputan ECERDC untuk datang ke Malaysia, khususnya ECER.
"Susulan lawatan itu, delegasi ECERDC berada di Jerman bagi bertemu dengan pelabur berpotensi yang mahu membina dan menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan karavan serta 'motorhome', yang juga membabitkan lawatan ke kilang pembuatan mereka.
"ECERDC sedang bekerjasama rapat dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam mencari pelaburan, yang mana, prospeknya kelihatan cerah," katanya.
Sementara itu, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani pada Khamis antara ECERDC dan Caravaning Industrie Verband e.V. (CIVD), yang mewakili pemain industri RV Jerman, untuk bekerjasama dan menerajui pembangunan RV di ECER.
Ini adalah lanjutan kepada perjanjian ketakdedahan (NDA) yang ditandatangani pada April 2022.
Baidzawi ketika mengulas mengenai MoU itu berkata ia akan membolehkan ECERDC memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman CIVD dalam industri RV bagi membangunkan garis panduan eko-sistem industri RV ECER, amalan terbaik serta mengenal pasti dan memperkenalkan rakan industri strategik atau pelabur berpotensi untuk pembuatan RV di ECER.
"Ia akan membantu inisiatif kami dalam mewujudkan ECER sebagai hab pembuatan kenderaan RV dan meletakkan Malaysia dalam peta untuk peminat RV di seluruh rantau ini.
"Kerjasama kami adalah satu pencapaian penting dan kami berharap untuk mendapatkan pelaburan langsung asing yang setakat ini telah menarik minat dua pengeluar dan pembekal RV yang terkenal," katanya.
Dalam satu perkembangan lain, EDERDC berkata delegasi Malaysia juga bertemu dengan wakil daripada Mercedes Benz AG untuk membincangkan potensi kerjasama dengan pengeluar RV termasuk dengan salah satu operator taman RV yang terkemuka di Jerman bagi meneroka kemungkinan usaha sama membangunkan taman RV bertaraf dunia pertama di Malaysia.
"Potensi industri RV tidak hanya melangkaui pelaburan ke dalam sektor pembuatan atau pekerjaan yang berkaitan dengannya tetapi juga akan memacu pengembangan ekonomi tempatan yang belum diterokai dalam industri pelancongan.
"Malaysia, terutamanya Pantai Timur, mempunyai banyak destinasi pelancongan dan ECERDC telah mengenal pasti beberapa lokasi yang boleh dijadikan taman RV yang berpotensi di rantau ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022

BAIDZAWI: Inisiatif ECERDC ini telah berjalan selama lebih setahun, dan menjelang Februari, pemain industri RV telah menerima jemputan ECERDC untuk datang ke Malaysia, khususnya ECER. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kerajaan terus perkemas kerangka pembangunan ECER - PM Anwar
Kerajaan akan terus memperkemas kerangka pembangunan lima tahun akan datang bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) supaya usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

ECERDC cuba tarik pelaburan Jerman dalam industri RV di ECER
Ia berikutan peningkatan permintaan bagi opsyen yang lebih selamat bagi melancong serta lebih mesra alam semasa pandemik selain bertambahnya angka peminat RV di seluruh dunia.

Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan
Projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada tahun 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.

Masjid Kampung Laut dipindah ke lokasi asal
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menjelaskan, urusan dan perbelanjaan pemuliharaan warisan ini dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Belanjawan 2021: ECERDC syor tumpu pembangunan kawasan pulau Terengganu
Di bawah ECER 2.0, selain daripada penekanan terhadap pembangunan infrastruktur di destinasi pulau popular seperti Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah, ECERDC juga membina mercu tanda ikonik.

IR4.0: Malaysia mampu tandingi China, Korea Selatan
Penerapan transformasi digital dan IR4.0 di Malaysia juga dijangka dapat dipercepatkan apabila pelaburan teknologi tinggi masuk ke negara ini.

PM Najib isytihar Segamat kawasan pembangunan baharu ECER
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkembangan itu membuka era baharu untuk Segamat sekaligus memacu pertumbuhan daerah itu ke tahap lebih tinggi.

Rakyat Kelantan patut bersyukur ada ECER - Mustapa Mohamed
Kerajaan melalui ECERDC membantu peserta meningkatkan pendapatan mereka sehingga RM1,500 sebulan.

Usaha transformasi sosio-ekonomi ECER dapat pengiktirafan global
Agenda transformasi sosio-ekonomi kerajaan bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Lebih banyak pelan transformasi akan dilaksana jika kerajaan terus diberi mandat - PM Najib
Lebih banyak program transformasi yang memberi manfaat kepada rakyat akan dilaksanakan di masa hadapan.