Syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia menyambut baik sokongan kerajaan dalam meningkatkan dan merancakkan ekonomi gig di negara ini.
Menurut Ketua Hal Ehwal Awam dan Kerajaa Grab Malaysia, Ebi Azly Abdullah, pelbagai sektor perniagaan terutama melibatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan tradisional kini boleh diubah ke dalam talian.
"Sebagai perkhidmatan teknologi tempatan sejak lapan tahun lalu, Grab berbesar hati bekerjasama dengan kerajaan melalui Shop Malaysia Online dan E-wallet untuk mengalakkan transaksi cashless (tanpa tunai) dan ekonomi digital.
"Sudah tentu Grab ingin membantu PKS dan perniagaan tradisional untuk mengalakkan mereka mengubah cara ke arah ekonomi digital di masa depan,"katanya ketika ditemubual Astro AWANI.
Jelas Eby, sokongan kerajaan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini perlu diambil peluang oleh semua pihak.
Katanya dalam tempoh beberapa bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, pelbagai sektor perniagaan telah menjalani adaptasi ekonomi gig.
"Berdasarkan pengalaman Grab dan Kementerian Luar Bandar (KPLB) kita telah membawa sejumlah besar PKS ke platform Grab.
"Kita dapati wujud peluang besar meningkatkan adaptasi digital PKS dan kita akan terus mencari jalan yang sesuai," katanya.
Malah Grab ujarnya sedang menjalankan perbincangan untuk membantu sektor pelancongan ke dalam perkhidmatan dalam talian itu.
Analisa Grab Malaysia juga mendapati kos perniagaan dapat dikurangkan sehingga 30 peratus manakala perolehan meningkat 70 peratus berbanding cara tradisional.
"Daripada pengalaman kami melalui e-bazar dan e-pasar di mana kos boleh dikurangkan 30 peratus berbanding perolehan sehingga 70 peratus. Ini adalah satu cabaran kita perlu tukar sikap mereka (peniaga).
"Dari aspek kerajaan, perlu ada proses pendidikan menunjukkan program perintis mendedahkan kakitangan kerajaan menerusi program latihan dan perlaksanaan proses pertukaran digital ini," jelasnya mengenai ekonomi gig.
Fareez Azman
Sun Jun 07 2020

Ebi Azly berkata PKS dan perniagaan tradisional kini boleh diubah arah digital. Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.