KUCHING: Kerajaan Sarawak meningkatkan usaha melahirkan lebih ramai sumber tenaga mahir tempatan dalam mengendalikan industri ekonomi gas hidrogen dan produk-produk hiliran berkaitan..
Menerusi kerjasama institusi pengajian tinggi tempatan Sarawak Skills dan Kolej Universiti ICATS, program pendidikan dan kemahiran yang bertaraf antarabangsa dan moden terus diperkasakan.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan sumber manusia salah satu penggerak utama ke arah ekonomi hidrogen dengan mendirikan institusi berkaitan termasuk pusat latihan vokasional dan pusat kemahiran khas
“ICATS akan membina sebuah kampus baharu dan kampus keduanya berhampiran Kampung Trombol di Telaga Air Kuching bagi menyediakan lebih banyak ruang kepada rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama untuk menimba ilmu dan kemahiran dalam teknologi baru ini.
“Unsur pilih kasih tidak wujud kerana ia bukan sahaja ditujukan untuk semua masyarakat di Sarawak tetapi juga disasarkan kepada pelajar di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pengisytiharan Majlis Pengisytiharan Konvokesyen ke 24 Sarawak Skills dan Kolej Universiti ICATS yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn di sini pada Sabtu.
Dalam ucapannya, Abang Jo juga memberitahu program yang dibangunkan di Kolej Universiti ICATS memenuhi aspirasi kerajaan negeri untuk membangunkan masyarakat yang berkembang maju didorong oleh data dan inovasi.
Jelasnya, dengan sokongan pihak berkepentingan utamanya daripada kerajaan dan pengiat industri, ICATS kini memebangunkan pelbagai program termasuk Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, Kedoktoran dan Doktor Falsafah sebagai kunci kepada sektor ekonomi baharu itu di Sarawak.
“Program-program ini sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030). Sebagai contoh, baru-baru ini ICATS telah melancarkan dua program iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Agroteknologi dan Ijazah Sarjana Muda Pelancongan dan Hospitaliti (Kepujian).
“Setakat ini Sarawak adalah negeri yang terkehadapan dalam usaha membina ekonomi hidrogen dengan sasaran negeri ini menjadi akan pengeluar utama gas tersebut di rantau ini. Pelabur asing sudahpun membuat komitmen untuk membina loji pengeluaran gas hidrogen hijau di Bintulu yang akan dieksport ke luar negara, khususnya Jepun,” katanya.
Majlis Pengisytiharan Konvokesyen itu dihadiri seramai 697 bakal graduan antaranya terdiri daripada 300 graduan penerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma serta Ijazah Sarjana Muda pelbagai bidang.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sat Mar 12 2022
Dalam ucapan yang dibacakan Datuk Roland Sagah Wee Inn (gambar), Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengulangi komitmen negeri itu untuk menjadi peneraju industri hidrogen di rantau ini. - Foto Astro AWANI
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ekonomi hidrogen: ICATS dan Sarawak Skills lubuk lahirkan tenaga mahir tempatan
Ke arah ekonomi hidrogen, Kerajaan Sarawak akan mendirikan institusi mendirikan institusi berkaitan termasuk pusat latihan vokasional dan pusat kemahiran khas.
Bukan salah gas helium
Menurut Mohd Adli Wong, helium tidak mungkin akan menyebabkan letupan kerana sifatnya yang stabil dan tidak mudah terbakar (non-flammable) sekalipun diletakkan berdekatan dengan sumber haba.