KUCHING: 14 kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya melaksanakan Eksesais Maritim Perkasa Timur 2023 setelah mengharungi lima hari pelayaran dengan merentasi jarak 850 batu nautika di Laut China Selatan.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, sepanjang pelayaran, pegawai dan anggota telah menjalani beberapa siri latihan seperti navigasi, deck landing training, sistem komunikasi, penggeledahan, mengawal kebanjiran dan melawan api serta tembakan di laut.
Jelas beliau, kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden mempamerkan sikap profesionalisme, keupayaan dan tahap kompetensi warga Maritim Malaysia dalam memikul tanggungjawab selaku penguatkuasa maritim negara.
Datuk Hamid turut berkata, eksesais ini telah mencapai tujuannya apabila keberadaan aset - aset Maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan telah dirasai. Ini dibuktikan apabila Bot Nelayan Asing (BNA) yang menceroboh masuk ke kawasan perairan negara secara besar-besaran di kedudukan 15 hingga 20 batu nautika selatan Amboyna Cay, telah meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran aset agensi ini dalam skala yang besar.
Malah katanya, pihak agensi turut berjaya melakukan pengusiran terhadap kapal penguat kuasa negara asing yang berada di kawasan perairan negara.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Eksesasi Maritim Perkasa Timur di Kompleks Maritim Tun Abang Salehuddin, di sini hari ini.
Turut hadir sama, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus dan Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Zulinda Ramly yang turut bertindak sebagai pengarah eksesais kali ini.
Datuk Hamid dalam ucapan beliau turut berkata, eksesais ini mampu memperkasa kebolehupayaan dan kebolehoperasian bersama Maritim Negeri Sabah dan Sarawak pada operasi mendatang di kawasan Laut China Selatan.
Melalui eksesais ini, pihak Maritim Malaysia telah berjaya mengumpul maklumat dan maklumbalas daripada semua kru terlibat untuk penambahbaikan tatacara pengendalian piawaian operasi pada masa akan datang.
Eksesais Maritim Perkasa Timur telah menjalani tiga fasa latihan bermula dengan Fasa Pelabuhan melibatkan sesi taklimat siri latihan dan sesi Table Top yang telah dilaksanakan pada 28 dan 29 Oktober lalu di Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan.
Setelah melepasi fasa berkenaan, pegawai dan anggota yang terlibat menjalani fasa kedua iaitu Fasa Laut di mana pada peringkat ini aset-aset agensi melakukan pelayaran dari Perairan Kota Kinabalu ke Perairan Kuching bermula 30 Oktober hingga 3 November 2023.
Fasa terakhir merupakan Fasa Pasca Eksesais. Pada fasa ini sesi post mortem dan rumusan bagi melihat pencapaian dan penambahbaikan untuk eksesais akan datang. Sesi ini berlangsung di Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 3 dan 4 November 2023.
Astro Awani
Sat Nov 04 2023
Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd Amin (tengah) pada penutup Eksesais Maritim Perkasa Timur 2 di Kompleks Maritim Wilayah Sarawak Muara Tebas, Kuching. - Foto Maritim Malaysia
Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: TVET semakin berkembang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kanada kenakan tarif balas ke atas AS
Kanada akan bertindak balas terhadap tarif baharu Presiden Donald Trump dengan mengenakan tarif 25% ke atas barangan AS, termasuk minuman dan peralatan elektrik, kata Perdana Menteri Justin Trudeau pada Sabtu.
Dalam satu sidang media, Trudeau mengumumkan bahawa Kanada akan mengenakan tarif ke atas barangan AS bernilai 155 bilion dollar Canada bersamaan dengan 107 bilion dollar Amerika.
Dalam satu sidang media, Trudeau mengumumkan bahawa Kanada akan mengenakan tarif ke atas barangan AS bernilai 155 bilion dollar Canada bersamaan dengan 107 bilion dollar Amerika.
Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin.
Hamas bebas tiga lagi tahanan Israel
Kumpulan pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tahanan Israel, dalam pembebasan keempat sejak perjanjian gencatan senjata bermula pada 19 Januari lalu.
AKPS diperluas di pintu sempadan negara
Pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah kerana kesalahan membakar lima motosikal milik penduduk kampung.
Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Hujan berterusan tahap waspada di Sarawak sehingga Rabu
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 5 Februari di tujuh kawasan di Sarawak.
Situasi terkini banjir di Sabah
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baru dibuka di Tongod, pagi ini, berikutan banjir melanda semula beberapa kampung di daerah itu selepas satu PPS ditutup semalam.
Bersama di talian wakil Astro AWANI Sabah, Ridzal Abdullah.
Bersama di talian wakil Astro AWANI Sabah, Ridzal Abdullah.
Seorang hilang, enam selamat kapal kargo karam di Lawas
Seorang kapten hilang manakala enam kru, yang kesemuanya rakyat Malaysia, selamat setelah sebuah kapal kargo dilaporkan karam di Lawas.
Indonesia gesa Malaysia siasat insiden tembakan babit 5 rakyatnya
Indonesia menggesa Malaysia mengambil tindakan terhadap pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekiranya terbukti mereka menggunakan kekerasan berlebihan pada Jumaat.
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Dua nelayan, bot dilaporkan hilang di Pulau Undan
Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
Lebih 3,000 kes insiden di laut direkodkan sejak 2006 - Maritim Malaysia
Maritim Malaysia merekodkan sebanyak 3,275 kes insiden di laut yang melibatkan 16,420 mangsa dalam tempoh 2006 hinga semalam.
Maritim Malaysia seru orang ramai tingkat keselamatan sempena musim cuti
Peringatan ini penting memandangkan cuaca yang tidak menentu pada penghujung tahun akibat Monsun Timur Laut (MTL).
Dua nelayan hilang bot hanyut di perairan Kerachut
Dua nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang di sini, Isnin lepas.
Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, membela diri atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.