KUALA LUMPUR: Menjadi orang biasa pun ada yang mengata, apatah lagi menjadi orang terkenal.
Sudahlah terkenal kerana perbuatan buruk mengundang kutuk, perbuatan baik pun ada yang tidak berpuas hati.
Mungkin menjadi sifat manusia yang lebih banyak berkata daripada memerhati dan memahami.
Kerana itu Ebit Lew lebih memilih untuk berdiam diri dan meneruskan usahanya membantu mereka yang memerlukan.
Video dan ceritanya menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, mangsa bencana, orang cacat, dan para petugas barisan hadapan yang berdepan kekangan bekalan keperluan tular dalam kalangan khalayak.
Niat baiknya mengundang pelbagai reaksi, tidak kurang juga negatif.
Daripada perkongsiannya dalam program temu bual, "Eksklusif Bersama ... Ustaz Ebit Liew bersama pengacara Essan Yahya, bicaranya tidak secara terang mahu menjadi popular, tetapi matlamatnya untuk ceritanya menjadi bualan ramai adalah supaya menjadi teladan mereka yang mendengarnya.
“Saya belajar daripada guru saya, katanya tidak semua orang dalam dunia diberikan pengikut yang ramai, dalam kata lain jadi orang yang terkenal.
"Contohnya seorang artis ini makan sesuatu kuih, semua orang pun nak makan kuih yang sama.
"Orang tak tahu sedap atau tidak, tetapi sebab artis itu makan di situ jadi orang pun nak ikut.
“Jadi penting orang-orang yang diberi (rezeki menjadi) terkenal ini, mereka kena tonjolkan contoh-contoh yang baik.
"Dalam hadis ada menyebut orang buat baik sembunyi, dosa tersembunyinya terampun.
"Buat baik terang-terangan, dosa terang-terangannya diampun,” katanya.
"Soal ikhlas atau tidak, katanya itu urusan Tuhan dan orang akan tetap berkata.
"Apa yang penting, niat baik perlu dilunaskan dan disebar luas dengan segala kuasa yang ada.
“Saya belajar daripada guru saya, keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap.
"Soal hati ini urusan Tuhan,” ujarnya.
Pendakwah dan usahawan muda berusia 36 tahun ini merasakan bahawa segala kurniaan Tuhan kepada kita harus dimanfaatkan sebaiknya ke jalan kebaikan dan kebenaran.
Untuk itu, baginya, penting untuk menjadi kaya.
Begitupun ia bukan untuk dinikmati semuanya seorang diri, cukup baginya segala yang diinginkan mampu dibeli atau dikecapi dengan lebih mudah.
Selebihnya dipulangkan kembali kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan beliau berkembang baik. Sehinggalah tibanya pandemik COVID-19 membadai dunia.
Difikirkan adalah lebih baik untuknya melipat gandakan usaha kebajikannya yang memang sudah lama dibuat secara kecil-kecilan di masa senggang antara kesibukan kerja.
Benarlah dikata apabila kita berusaha di jalan yang benar, Tuhan akan membuka jalan.
Bermula dengan amalan infak hasil keuntungan perniagaannya untuk dinikmati bersama golongan memerlukan, kini ramai yang menyumbang ke tabung dana yang diwujudkannya dan pelbagai pihak menawarkan tajaan termasuk orang kenamaan dan selebriti.
Juga, Ustaz Ebit ada pasukan yang menjadi tulang belakangnya menggerakkan usaha bakti supaya ia sampai cepat dan tepat ke sasarannya.
“Orang kata ustaz tak siasat, ustaz tak mohon kebenaran, ustaz tak buat ini itu. Sebenarnya saya ada team dan mereka ini sangat laju.
“Ada satu tempat di Johor Bahru (kami) nak pindahkan empat keluarga. Saya sedang berbual dengan keluarga ini. Saya kata (pada pasukannya) saya mahu empat rumah.
"Bila saya sebut sahaja, terus mereka cari. Tak sampai sehari rumah sudah ada bersama perabut di dalamnya.
“Bila kita berbual dengan penyedia perkhidmatan (untuk melunaskan misi), kadang-kadang dapat separuh harga dan ada yang dapat percuma.
"Bila kita mula sahaja, Allah mesti buka jalan.”
Baginya, masalah di dunia ini takkan selesai selagi kita terus mengata dan mencela. Dan mereka yang di jalan kebaikan tidak sepatutnya terkesan dengan tohmahan orang yang sememangnya takkan pernah berhenti.
Banyak lagi yang dikongsikan Ebit bersama Agenda AWANI, antaranya kisah ibunya yang menjadi peniup semangat langkah dakwahnya, serta peranan isterinya yang menjadi sokongan dalam kehidupannya.
Astro Awani
Thu Mar 04 2021
![[EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew [EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614825546_EbitLiew.jpg)
Pendakwah dan usahawan ini merasakan segala kurniaan Tuhan kepada kita harus dimanfaatkan sebaiknya ke jalan ke kebaikan dan kebenaran. - Foto Astro AWANI

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Siasatan kes fitnah Ebit Lew selesai - Polis
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, kertas siasatan (IP) bagi kes berkenaan telah dirujuk ke Bukit Aman.

Polis sahkan rakam keterangan Ebit Lew, bantu kes gangguan seksual
Polis mengesahkan telah merakam keterangan pendakwah bebas, Ebit Lew bagi membantu siasatan kes gangguan seksual di Ibu Pejabat Polis Diraja Bukit Aman, hari ini.

'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.

Doakan ya, Alhamdulillah semua dalam keadaan baik - Ebit Lew
Selepas lebih dua minggu tanpa khabar berita, status ringkas dimuat naik pendakwah, Ebit Lew hari ini melegakan ramai pihak.

Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
![[EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew [EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614825546_EbitLiew.jpg)
[EKSKLUSIF] Masalah tidak akan selesai jika kita terus mencela - Ebit Lew
Pendakwah dan usahawan muda berusia 36 tahun ini merasakan bahawa segala kurniaan Tuhan kepada kita harus dimanfaatkan sebaiknya ke jalan kebaikan dan kebenaran.

Siapa di sebalik 'adiwira' Ebit Liew, eksklusif di Astro AWANI malam ini
Eksklusif bersama Ustaz Ebit Liew malam ini bakal menjawab semua persoalan anda.

Annuar 'malu' dengan Ebit Liew, mahu berkongsi idea bantu rakyat
"Saya rasa malu sebab saya wakil rakyat, dan saya tidak dapat buat sebanyak yang dia buat," kata Tan Sri Annuar Musa.

YDP Agong dan Ebit Liew bertemu, bantu mangsa banjir Pahang
"Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh" - Ustaz Ebit Liew

Tidak perlu lagi tinggal dalam kereta, lima beranak terima rumah PPR
Kerajaan negeri Pulau Pinang akhirnya meluluskan permohonan Ganesh untuk mendapatkan sebuah unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR).