DUBAI: Pavilion Malaysia hari ini meraikan Hari Malaysia dengan memberi penghormatan ke atas pencapaian negara dalam sektor utama seperti ekonomi, sosial, budaya, sains dan teknologi, sempena hari penghormatan yang diberikan oleh Ekspo 2020 Dubai kepada negara-negara yang mengambil bahagian.
Ia juga merupakan pencapaian 100 hari penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai, yang berlangsung dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan hari ini.
Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Menteri MOSTI Datuk Ahmad Amzad Hashim telah disambut oleh Menteri Negeri Emiriyah Arab Bersatu Ahmed Ali Al Sayegh.
"Ekspo 2020 Dubai yang bertemakan "Menghubung Minda, Mencipta Masa Depan" telah membuka banyak peluang pasaran yang baharu dan menarik bagi Malaysia dalam meningkatkan perdagangan, pelaburan serta pertukaran budaya," kata Ahmad Amzad Hashim dalam ucapan pada majlis itu sebagai mewakili Menteri MOSTI Datuk Seri Dr Adham Baba.
Ekspo 2020 Dubai juga telah memberikan Malaysia peluang untuk mengukuh kedudukannya sebagai hab ekonomi di rantau Asia Tenggara.
Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan bahawa Malaysia telah memperolehi lebih daripada RM33.9 bilion dalam potensi pulangan perdagangan dan pelaburan dalam lapan minggu pertama penyertaan di Ekspo 2020 Dubai.
Malaysia sehingga minggu ke-12 telah menjana RM35.2 bilion potensi pulangan perdagangan dan pelaburan. Pencapaian tersebut diraih melalui 71 Memorandum Persefahaman, Memorandum Kerjasama dan Surat Niat serta 793 petunjuk perniagaan dengan beberapa syarikat antarabangsa.
Pavilion Malaysia sehingga kini telah menerima 500,000 pengunjung.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022

Ekspo 2020 Dubai yang bertemakan "Menghubung Minda, Mencipta Masa Depan" telah membuka banyak peluang pasaran yang baharu dan menarik. - Facebook / Expo 2020 Dubai
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Ekspo 2020 Dubai sambut Hari Malaysia
Ekspo 2020 Dubai yang bertemakan "Menghubung Minda, Mencipta Masa Depan" telah membuka banyak peluang pasaran yang baharu dan menarik bagi Malaysia.