KUALA LUMPUR: Kira-kira 99 peratus eksport Turkiye ke Malaysia akan menikmati layanan bebas cukai, manakala hampir 86 peratus eksport Malaysia ke negara itu turut menerima kelebihan yang sama di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA), berkuat kuasa 1 Jan 2023.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Ekonomi dan Perdagangan Bersama (JETC) yang diadakan di Ankara pada Khamis, dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan rakan sejawatan Menteri Perdagangan Turkiye Dr Mehmet Mus.
JETC itu diadakan bersempena dengan pemeteraian Protokol untuk Meminda Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Turkiye untuk meluaskan MTFTA sedia ada yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2015.
Protokol itu yang berjaya disiapkan dalam tempoh 15 bulan, kini telah diperluaskan skopnya untuk merangkumi perdagangan dalam perkhidmatan, pelaburan dan e-dagang.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkenaan mesyuarat JETC itu, Mohamed Azmin berkata pengembangan skop MTFTA akan meningkatkan antara lain aliran silang pelaburan serta meningkatkan mobiliti profesional antara Malaysia dan Turkiye.
Langkah itu juga akan melonjakkan lagi keyakinan pengguna dalam urus niaga dalam talian melalui penyelarasan peraturan dan penggunaan mekanisme pemudahcara manakala perusahaan mikro, kecil dan sederhana turut mendapat manfaat daripadanya kerana ia akan meningkatkan penyertaan mereka dalam perdagangan antarabangsa.
Pada mesyuarat itu, kedua-dua negara turut membincangkan pelbagai isu berkaitan perdagangan dua hala dan kerjasama ekonomi, termasuk kemungkinan memperkukuh lagi kerjasama dalam sektor perindustrian seperti industri halal serta langkah anti-lambakan untuk mencegah persaingan tidak adil.
Mohamed Azmin turut mencadangkan penubuhan secara rasmi Pasukan Petugas bagi Ketahanan Rantaian Bekalan Semikonduktor dua hala yang telah diterima baik oleh Turkiye.
Pasukan petugas ini akan memformalkan rangka kerja kerjasama ke arah memastikan daya tahan rantaian bekalan semikonduktor melalui penyelidikan dan pembangunan, keupayaan reka bentuk, kapasiti perkongsian pengeluaran, pembangunan bakat dan akses pasaran.
Menteri MITI dan rakan sejawatannya dari Turkiye juga menyatakan Malaysia dan Turkiye masing-masing berada di kedudukan strategik untuk menjadi hab pembuatan pilihan untuk ASEAN dan Kesatuan Eropah.
Sementara itu, Malaysia akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Bersama peringkat pegawai kanan seterusnya pada tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022
![Eksport Turkiye, Malaysia nikmati layanan bebas cukai mulai 1 Jan 2023 Eksport Turkiye, Malaysia nikmati layanan bebas cukai mulai 1 Jan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663150303_AzminAli.jpg)
Mohamed Azmin berkata, pengembangan skop MTFTA akan meningkatkan antara lain aliran silang pelaburan serta meningkatkan mobiliti profesional antara Malaysia dan Turkiye. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Fasa pertama zon bebas cukai di Pulau Satu Forest City bermula 15 Nov Fasa pertama zon bebas cukai di Pulau Satu Forest City bermula 15 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731229519_ForestCity.jpg)
Fasa pertama zon bebas cukai di Pulau Satu Forest City bermula 15 Nov
Pelaksanaan fasa pertama zon bebas cukai di Pulau Satu Forest City akan bermula pada 15 Nov ini manakala fasa kedua pada suku pertama tahun depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
![Jualan automotif Malaysia cecah paras tertinggi 799,731 unit pada 2023 - MAA Jualan automotif Malaysia cecah paras tertinggi 799,731 unit pada 2023 - MAA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679308001_PersatuanAutomotif.jpg)
Jualan automotif Malaysia cecah paras tertinggi 799,731 unit pada 2023 - MAA
Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat ke paras tertinggi sebanyak 799,731 unit pada 2023 berbanding 721,177 unit pada tahun sebelumnya.
![Dewan perniagaan minta status bebas cukai penuh Labuan dikembalikan Dewan perniagaan minta status bebas cukai penuh Labuan dikembalikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704118527_WongKiiYiiLabuan.jpg)
Dewan perniagaan minta status bebas cukai penuh Labuan dikembalikan
LCCC pada Isnin meminta kerajaan Persekutuan mengembalikan status pulau bebas cukai penuh kepada wilayah itu untuk meningkatkan semula tarikannya bagi para pengunjung.
![KDCA minta kerajaan kembalikan status bebas cukai sepenuhnya kepada Labuan KDCA minta kerajaan kembalikan status bebas cukai sepenuhnya kepada Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678167929_LabuanPortAuthorit.jpg)
KDCA minta kerajaan kembalikan status bebas cukai sepenuhnya kepada Labuan
Ekonomi Labuan cergas pada masa lalu, ditambah pula dengan status bebas cukai yang merupakan antara tarikan utama pulau itu.
![Eksport Turkiye, Malaysia nikmati layanan bebas cukai mulai 1 Jan 2023 Eksport Turkiye, Malaysia nikmati layanan bebas cukai mulai 1 Jan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663150303_AzminAli.jpg)
Eksport Turkiye, Malaysia nikmati layanan bebas cukai mulai 1 Jan 2023
Keputusan dibuat pada mesyuarat Majlis Ekonomi dan Perdagangan Bersama (JETC) yang diadakan di Ankara pada Khamis.
![Kelewatan kargo punca kekurangan barangan bebas cukai di Labuan Kelewatan kargo punca kekurangan barangan bebas cukai di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642175978_TBFERITERMINALLABUAN.jpg)
Kelewatan kargo punca kekurangan barangan bebas cukai di Labuan
Rak-rak di premis bebas cukai telah kosong selama hampir sebulan ketika kebanyakan pengusaha terus bergelut untuk menambah stok sedia ada.
![KWP rancang kaji semula dasar 'hakis' status pulau bebas cukai Labuan - Shahidan KWP rancang kaji semula dasar 'hakis' status pulau bebas cukai Labuan - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619674681_ShahidanKassim.jpg)
KWP rancang kaji semula dasar 'hakis' status pulau bebas cukai Labuan - Shahidan
Langkah itu penting bagi memastikan kemakmuran dan kegemilangan Labuan sebagai pulau bebas cukai dapat dikembalikan semula.
![Kembalikan Labuan kepada Sabah - Bung Moktar Kembalikan Labuan kepada Sabah - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631583485_BungMoktarRadin.jpg)
Kembalikan Labuan kepada Sabah - Bung Moktar
Kerajaan Persekutuan digesa untuk mengembalikan Labuan kepada Sabah.
![Johor teliti cadangan naik taraf kemudahan di Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup Johor teliti cadangan naik taraf kemudahan di Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615605974_TerminalFeriKukup.jpg)
Johor teliti cadangan naik taraf kemudahan di Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup
Kerajaan negeri sedang meneliti pelbagai kemudahan lain dalam usaha menjadikan Kukup sebagai mercu tanda pelancongan.
![Langkawi 'nazak', persatuan pelancong, pengusaha feri rayu PKPB ditamatkan Langkawi 'nazak', persatuan pelancong, pengusaha feri rayu PKPB ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81592271801_ALTERNATIFHOTEL.jpg)
Langkawi 'nazak', persatuan pelancong, pengusaha feri rayu PKPB ditamatkan
Beberapa persatuan pelancong di Langkawi merayu kerajaan menamatkan pelaksanaan PKPB di pulau peranginan itu yang kini disifatkan sedang 'nazak' ekoran ketiadaan pelancong.