KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan mengadakan mesyuarat dengan beberapa kementerian lain dan agensi bagi menyelaras dan membuat persiapan menghadapi fenomena El Nino.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Kita akan adakan mesyuarat yang biasa kita adakan tentang cuaca panas dan kering. Ia akan melibatkan beberapa kementerian dan agensi termasuk KKM, KBS dan KPM sebab cuaca panas ini ada kesan terhadap banyak aktiviti.
"Kita akan pastikan ada satu persediaan yang baik tahun ini," katanya selepas melancarkan laporan mengenai penyertaan Malaysia dalam Persidangan Parti-parti kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim ke-28 (UNFCCC-COP28), pada Khamis.
Sebelum ini, Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca dijangka lebih kering pada bulan Februari.
Ini berikutan Monsun Timur Laut yang akan berakhir pada bulan Mac, dengan El Nino yang bermula tahun lalu, dijangka berterusan hingga pertengahan tahun ini.
Nik Nazmi juga berkata pihaknya akan terus menjalankan perbincangan berterusan dengan semua pihak termasuk Indonesia, bagi mengatasi masalah jerebu rentas sempadan.
"Kita memang ada hasrat untuk berhubung dengan pihak negara jiran cuma kita faham mereka melalui proses transisi.
"Sekarang berlangsung Pemilihan Umum (Pemilu) 2024, pada hujung tahun akan ada Kabinet baharu dan sebagainya tetapi memang ada perbincangan awal untuk melihat strategi terbaik bagi mengatasi jerebu rentas sempadan,"katanya lagi.
Dalam pada itu, Nik Nazmi memaklumkan draf Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim masih di peringkat awal dan menjangkakan ia akan dibentangkan tahun hadapan.
"Mantan Menteri Tenaga dan Sumber Asli ada menyebut bahawa RUU Perubahan Iklim telah tersedia tahun lepas tapi bila saya, tidak ada. Lebih dari itu saya tak mahu komen.
"Tetapi di pihak kementerian kita sudah mulakan RUU Perubahan Iklim, telah melalui proses pelantikan perunding dan sekarang drafting telah bermula di peringkat awal.
"Selepas ini perundingan dengan pemegang taruh, sama ada kerajaan negeri atau masyarakat sivil, pihak korporat dan sebagainya, kemudian ke peringkat seterusnya.
"Kita juga mahu ada satu pendekatan terbuka dalam penggubalan ini," tambahnya.
Madiha Abdullah
Thu Feb 08 2024
![El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701594806_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Nik Nazmi berkata, antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Kesedaran belia terhadap perubahan iklim tinggi, mampu sumbang penyelesaian - Nik Nazmi Kesedaran belia terhadap perubahan iklim tinggi, mampu sumbang penyelesaian - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739540801_NikNazmi.jpg)
Kesedaran belia terhadap perubahan iklim tinggi, mampu sumbang penyelesaian - Nik Nazmi
Golongan muda di ASEAN mampu menyumbang pelbagai idea bagi mengurangkan kesan perubahan iklim berikutan kesedaran mereka yang tinggi dalam hal itu.
![Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736406996_tbNikNazmiNikAhma.jpg)
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
![NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736427818_TBNIKNAZMI.jpg)
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
![Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736418190_TBNIKNAZMI.jpg)
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
![COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732224929_NikNazmiNikAhmad.jpg)
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
![Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30 Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731916232_NikNazmi.jpg)
Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.
![Projek pembangunan mesra alam inisiatif kekal kelestarian alam Projek pembangunan mesra alam inisiatif kekal kelestarian alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731592283_NikNazmi.jpg)
Projek pembangunan mesra alam inisiatif kekal kelestarian alam
Projek pembinaan yang menerapkan teknologi tinggi mampu mengurangkan pelepasan karbon serta penggunaan tenaga dengan penyelenggaraan pada kadar minimum.
![Petrol Euro 5 tidak akan beban pengguna - Nik Nazmi Petrol Euro 5 tidak akan beban pengguna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731591941_NikNazmi.jpg)
Petrol Euro 5 tidak akan beban pengguna - Nik Nazmi
Penggunaan petrol Euro 5 yang akan mula dilaksanakan September tahun hadapan tidak akan meningkatkan harga bahan api itu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
![Malaysia terdedah kepada impak perubahan iklim - Nik Nazmi Malaysia terdedah kepada impak perubahan iklim - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728644266_NikNazmi.jpg)
Malaysia terdedah kepada impak perubahan iklim - Nik Nazmi
Walaupun Malaysia menghasilkan hanya 0.8 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau dunia, negara ini sangat terdedah kepada kesan perubahan iklim.
![METMalaysia diarahkan perbaiki kekerapan amaran cuaca METMalaysia diarahkan perbaiki kekerapan amaran cuaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725945878_NikNazmiNikAhmad.jpg)
METMalaysia diarahkan perbaiki kekerapan amaran cuaca
Langkah ini bertujuan memastikan kemas kini lebih kerap dikeluarkan semasa tempoh cuaca melampau yang dijangka berlaku.