KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mewajibkan kehadiran kanak-kanak ke sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini sebagai salah satu langkah mengelak perkahwinan bawah umur.
Pada masa sama, Pesuruhjaya Kanak-kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal berpendapat, ia bagi mengelak kanak-kanak daripada terus keciciran dan terjebak dengan perkahwinan kanak-kanak.
Langkah itu juga boleh dilaksanakan melalui bantuan-bantuan geran yang disediakan khusus untuk golongan B40.
"Kalau dilihat memang sudah ada pelan untuk mengatasi masalah kemiskinan ini iaitu isu menyediakan skim geran... sebab kita dalam keadaan COVID ini memang ada bantuan-bantuan yang kerajaan berikan.
"Namun, dicadangkan juga ada geran disediakan untuk anak-anak yang dalam kumpulan B40 dan kita nak juga dapatkan daripada Kementerian Pelajaran supaya menjadikan (kehadiran ke) sekolah menengah itu wajib.
"Jadi kalau sekolah rendah wajib, sekolah menengah wajib, maka mereka ini perlu ke sekolah, mendapat pendidikan dan tidak perlu berada di luar sekolah yang akhirnya terlibat dengan perkahwinan kanak-kanak," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Tambahnya, isu kemiskinan adalah sebab utama yang menyumbang kepada berlakunya perkahwinan kanak-kanak.
"Apabila kehidupan itu sukar, ada kanak-kanak yang berhenti sekolah. (Contohnya, mempunyai) adik yang ramai tak sekolah (maka hendak) beri peluang kepada adik-adik. Kemudian berasakan dia beban kepada keluarga. Itu juga antara sebab tidak cukup wang, (maka) anak perempuan dikahwinkan. Daripada dulu sampai sekarang berlaku perkara ini.
"Namun kita tidaklah seteruk sesetengah negara di mana anak-anak dikahwinkan sebab nak bayar hutang, dikahwinkan sebab-sebab tertentu. Ada adat budaya negara lain yang tiada dalam negara kita.
"Di negara kita ini, pada awal lagi (terdapat) persepsinya bahawa kanak-kanak perempuan tidak perlu pendidikan tinggi dan keluarga miskin menyebabkan anak usia muda dikahwinkan untuk lepaskan tanggungjawab ibu bapa," katanya lagi.
Dalam pada itu Prof. Noor Aziah berpendapat silibus kesihatan reproduktif tidak menampakkan kesan kepada kanak-kanak di sekolah.
Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan guru yang terlatih bagi memberi pembelajaran kepada murid-murid sekolah mengenai silibus yang sebelum ini dikenali sebagai pendidikan seks itu.
"Yang menjadi kebimbangan dan rasa duka cita kami ialah apabila kita bercakap dengan KPM misalnya, dia kata silibus itu sudah ada. Namun apabila kita membuat konsultasi, dan berbincang dengan kanak-kanak, mereka tidak nampak di manakah silibus itu diterapkan kepada anak-anak ini.
"Jadi bagi kita adalah sangat penting satu silibus khas yang diajar oleh guru yang terlatih. Kita tak boleh ada silibus sahaja, tetapi tidak ada orang yang terlatih untuk memberi pelajaran mengenai kesihatan reproduktif ini," ujarnya.
Jelas beliau, kesihatan reproduktif lebih kepada menjaga diri, kesihatan dan reproduktif.
"Ia juga mendidik anak-anak mengenai kesan kepada sesuatu perbuatan kalau dia mengadakan hubungan seksual, ini adalah kesannya seperti mengandung.
"Ini penting juga kepada anak lelaki. Apabila dia dewasa, dia ada keinginan tertentu.Ini yang penting supaya mereka memahami dan menjaga diri mereka dari segi hubungan seksual ini," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Tue Mar 09 2021
![Elak kahwin bawah umur: Wajibkan kehadiran ke sekolah rendah dan sekolah menengah Elak kahwin bawah umur: Wajibkan kehadiran ke sekolah rendah dan sekolah menengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51596015660_PENJARAKANSOSIAL.jpg)
Langkah mewajibkan kehadiran hingga tamat sekolah menengah adalah antara usaha untuk mengelakkan perkahwinan pada awal usia. - Gambar hiasan
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
![Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan - Nancy Shukri Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan - Nancy Shukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731231123_mengandung.jpg)
Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan - Nancy Shukri
44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lepas, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja yang belum berkahwin.
![Kahwin bawah umur: KPM komited pastikan murid bersekolah hingga ke peringkat menengah Kahwin bawah umur: KPM komited pastikan murid bersekolah hingga ke peringkat menengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678246724_FadhlinaSidektemu.jpg)
Kahwin bawah umur: KPM komited pastikan murid bersekolah hingga ke peringkat menengah
Ia sebahagian daripada usaha kementerian dalam menangani isu perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur yang tidak mendapat akses pendidikan.
![Isu kahwin bawah umur: Laksana sesi perbincangan cadang tingkat had umur Isu kahwin bawah umur: Laksana sesi perbincangan cadang tingkat had umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648618805_wannorashikinwann.jpg)
Isu kahwin bawah umur: Laksana sesi perbincangan cadang tingkat had umur
Kerajaan negeri menerusi Wanita Perak akan mengadakan sesi perbincangan dan advokasi dengan kerjasama agensi berkaitan.
![Kelulusan kahwin bawah umur tunjuk penurunan - Idris Ahmad Kelulusan kahwin bawah umur tunjuk penurunan - Idris Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639623772_Mufti.jpg)
Kelulusan kahwin bawah umur tunjuk penurunan - Idris Ahmad
Jumlah kelulusan kes permohonan kahwin bawah umur orang Islam dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2021 adalah sebanyak 2,098 kes.
![Elak kahwin bawah umur: Wajibkan kehadiran ke sekolah rendah dan sekolah menengah Elak kahwin bawah umur: Wajibkan kehadiran ke sekolah rendah dan sekolah menengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51596015660_PENJARAKANSOSIAL.jpg)
Elak kahwin bawah umur: Wajibkan kehadiran ke sekolah rendah dan sekolah menengah
Kerajaan perlu mewajibkan kehadiran kanak-kanak ke sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini sebagai salah satu langkah mengelak perkahwinan bawah umur.
![Majlis Agama Islam di Thailand turut tidak benarkan pernikahan bawah umur Majlis Agama Islam di Thailand turut tidak benarkan pernikahan bawah umur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578477315_TBSalahuddinYusuf.jpg)
Majlis Agama Islam di Thailand turut tidak benarkan pernikahan bawah umur
Thailand memang menetapkan syarat wanita dan lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga hanya pada umur atas 18 tahun.
![R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575595775_TBRAALIYA.jpg)
R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun
Kelly dituduh membayar rasuah kepada seorang pegawai kerajaan di Illinois untuk menghasilkan "satu dokumen pengenalan diri palsu untuk Jane Doe #1" pada 30 Ogos 1994.
![Perkahwinan bawah umur 18 tahun masih berlaku di Sabah - Norazlinah Perkahwinan bawah umur 18 tahun masih berlaku di Sabah - Norazlinah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508926718_KahwinMuda.jpg)
Perkahwinan bawah umur 18 tahun masih berlaku di Sabah - Norazlinah
Masih terdapat sesetengah masyarakat melaksanakan perkahwinan tanpa melihat batasan had umur seseorang kanak-kanak.
![P. Pinang kaji semula had umur minimum perkahwinan P. Pinang kaji semula had umur minimum perkahwinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71458477877_Marriedcouple.jpg)
P. Pinang kaji semula had umur minimum perkahwinan
Had umur minimum untuk perkahwinan terutama melibatkan kanak-kanak di negeri ini akan dikaji semula, kata exco kerajaan negeri.
![Menghadkan umur kahwin: Perbincangan sudah bermula - Hannah Yeoh Menghadkan umur kahwin: Perbincangan sudah bermula - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41530880081_hannahyeoh.jpg)
Menghadkan umur kahwin: Perbincangan sudah bermula - Hannah Yeoh
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah memulakan perbincangan melibatkan menteri-menteri berkaitan, termasuk yang dalam bidang agama dan undang-undang.