SEREMBAN: Bersempena cuti panjang perayaan Aidilfitri ini, orang ramai yang merancang bercuti di pantai Port Dickson bersama keluarga perlu berwaspada dengan situasi ombak besar atau laut bergelora bagi mengelakkan tragedi tidak diingini berlaku.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Mohd Zamri Mohd Esa berkata orang ramai boleh menikmati percutian di 11 pantai di daerah itu namun langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi keselamatan diri dan keluarga.
"Secara umumya semua pantai di Port Dickson boleh mandi tetapi jika ombak besar, angin kuat atau laut bergelora tidak digalakkan mandi.
"Terdapat beberapa tempat dilengkapkan peralatan kecemasan yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Aktiviti Air. Peralatan itu diletakkan di pantai tumpuan seperti Pantai Teluk Kemang dan Pantai Tanjung Gemok," katanya kepada Bernama.
Ahad lepas media melaporkan tiga beradik wanita lemas ketika bermandi-manda di Pantai Cahaya, Port Dickson.
Dalam pada itu, Mohd Zamri turut menasihatkan orang awam dan peniaga supaya menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata sehingga merosakkan ekosistem serta pemandangan pantai.
Beliau berkata kerja pembersihan dilakukan setiap hari di pantai tumpuan seperti Pantai Teluk Kemang, Pantai Batu Empat dan Pantai Bagan Pinang manakala kerja pembersihan beberapa pantai lain dilakukan pada awal pagi setiap hujung minggu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2023

Orang ramai boleh menikmati percutian di 11 pantai di daerah itu namun langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi keselamatan diri dan keluarga. - Gambar fail
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Elak mandi pantai Port Dickson ketika ombak besar, laut bergelora
Bersempena cuti panjang perayaan Aidilfitri ini, orang ramai yang merancang bercuti di pantai PD bersama keluarga perlu berwaspada dengan situasi ombak besar atau laut bergelora.