KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mencadangkan keperluan akaun amanah dikawal oleh kedua-dua peguam dan anak guamnya.
Menurut Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, hanya melalui kaedah ini, jenayah pecah amanah oleh peguam dapat dihapuskan sepenuhnya.
"Ini adalah mesej penting yang ingin disampaikan oleh JSJK kepada Majlis Peguam.
"Ia bukanlah satu cadangan yang sangat merumitkan, malah memudahkan semua pihak yang berurusan transaksi kewangan melalui peguam," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Pada Rabu, sebuah akhbar tempatan melaporkan, penipuan dalam urusan jual beli tanah boleh dielakkan sekiranya peguam yang dilantik menjalankan tugas mereka dengan amanah.
Justeru, memilih peguam yang berkredibiliti dan berintegriti adalah proses yang amat penting dalam memastikan urusan jual beli hartanah berjalan lancar, seterusnya mengelak berlaku penipuan dan pecah amanah.
Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Datuk Nazri Mustafa berkata, langkah melantik peguam dalam urusan jual beli hartanah terutama membabitkan nilai mencecah jutaan ringgit adalah perkara yang wajar sebagai pemudah cara urusan.
Beliau berkata, pelantikan peguam oleh kedua-dua pihak juga amat penting sebagai 'check and balance' atau semak dan imbang sepanjang urusan jual beli dijalankan sehingga ia selesai.
"Namun, proses melantik peguam perlu dilakukan dengan teliti termasuk mengetahui latar belakang peguam yang akan dilantik.
"Lebih baik pergi ke pejabat peguam itu sendiri untuk lihat sendiri keadaan firma guamannya.
"Selain itu, dapatkan pandangan daripada pelbagai pihak terlebih dahulu sebelum melantik mana-mana peguam atau kita boleh semak 'review' (ulasan) tentang kes yang pernah dikendalikan mereka menerusi media sosial atau sebagainya," katanya.
Sementara itu, Ramli berkata, pihaknya menyambut baik ulasan Nazri yang dikatakan tepat pada masanya memandangkan terdapat anak guam yang kerugian jutaan ringgit hasil daripada kepercayaan yang diberikan kepada peguam yang rakus.
Tambah beliau, sekiranya terdapat sebarang sebab yang tidak diketahui oleh masyarakat mengenai akaun amanah diuruskan firma guaman dan tidak bersifat dua pihak, maka perkara itu perlu diperjelaskan untuk kefahaman masyarakat.
"Jika ini tidak dilakukan, maka masyarakat akan membuat pelbagai tanggapan termasuklah tidak terhad kepada hal bahawa peguam menggunakan wang anak guam untuk perniagaan, pelaburan di institusi kewangan, malah untuk pengubahan wang haram.
"Justeru, hanya ketelusan yang dapat mengelakkan apa-apa persepsi negatif terhadap institusi mulia guaman," ujarnya.
Afiezy Azaman
Thu Jun 27 2024

Memilih peguam yang berkredibiliti dan berintegriti adalah proses yang amat penting dalam memastikan urusan jual beli hartanah berjalan lancar, seterusnya mengelak berlaku penipuan dan pecah amanah. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Elak peguam rakus, JSJK cadang akaun amanah dikawal peguam dan anak guam
Keperluan akaun amanah dikawal peguam dan anak guam ialah bagi mengelak berlaku pecah amanah oleh peguam.