KUALA LUMPUR: Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pakar diet menyarankan agar setiap individu tidak makan secara berlebihan kerana ia mengundang kesan buruk pada kesihatan dan tubuh badan.
Pengurus Kanan Dietetik di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Celeste Lau berkata tabiat terlebih makan, khususnya selepas sebulan berpuasa, akan menyebabkan berat badan seseorang naik secara mendadak selain mendedahkan mereka kepada risiko diserang penyakit lain.
"Tidak mustahil jika berat badan seseorang individu naik sebanyak tiga kilogram dalam tempoh sebulan jika mereka menghadiri banyak aktiviti sosial seperti rumah terbuka disebabkan pengambilan banyak sajian utama atau makanan berat termasuk pelbagai kudapan dan minuman manis.
"Mereka juga terdedah kepada risiko diserang penyakit jantung atau mati mengejut jika terlebih makan dan minum, makan tidak terkawal, kurang rehat dan tak cukup tidur. Walaupun risiko itu rendah atau jarang, ia mungkin berlaku," katanya dalam kenyataan.
Lau berkata adalah penting bagi individu yang mempunyai penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes, kolesterol tinggi dan penyakit buah pinggang kronik, untuk mengawal pengambilan makanan dan menjaga gaya hidup semasa musim perayaan.
"Walaupun sambutan perayaan hanya sekali sekala, sekiranya diet dan gaya hidup tidak terjaga, ia mungkin akan mengganggu atau mensia-siakan usaha kawalan penyakit yang dilakukan sebelum ini.
"Bagi mereka yang tidak berpenyakit pula, sekiranya tidak menjaga pemakanan, minuman, kurang rehat dan tidur serta kurang bersenam, masalah kesihatan yang biasa dialami semasa musim perayaan ialah berat badan meningkat, masalah gastrousus seperti perut kembung, sembelit, sakit kepala, keracunan makanan, demam panas atau jangkitan kuman," katanya.
Justeru, beliau menasihati setiap individu supaya mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat kerana membuat keputusan dan pilihan wajar mampu menjamin kesejahteraan serta kesihatan badan untuk jangka masa panjang.
Lau berkata orang ramai juga perlu mengawal dan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula tinggi kerana kebanyakan hidangan yang disajikan dalam tempoh perayaan adalah manis, selain mengamalkan konsep suku-suku separuh.
"Kurangkan makanan seperti biskut, kek, coklat, gula-gula serta minuman manis, lebihkan pengambilan makanan segar serta asli dan banyakkan minum air kosong.
"Apa yang penting ialah pastikan makanan yang diambil adalah seimbang, sederhana dan pelbagai, seperti konsep suku-suku separuh atau Pinggan Sihat Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan supaya makanan yang dipilih adalah seimbang mengikut kuantiti sewajarnya," jelas beliau.
Lau berkata Aidilfitri dirai dengan penuh ceria dan gembira, oleh itu, adalah penting untuk mengamalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat supaya tidak menjejaskan kesihatan semasa dan selepas sambutan perayaan, bukan hanya terhadap diri sendiri malah orang lain juga.
"Selain mendisiplinkan diri untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat, kita juga boleh menggalakkan atau sediakan makanan dan minuman sihat atau seimbang kepada tetamu yang datang.
"Makan berdasarkan keperluan dan jangan terlalu mengikut nafsu, sentiasa ingat bahawa seimbang, sederhana dan pelbagai ialah kunci utama kepada kesihatan jangka masa panjang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Tabiat terlebih makan akan menyebabkan berat badan seseorang naik secara mendadak selain mendedahkan mereka kepada risiko diserang penyakit lain. - Gambar hiasan

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Karya kartunis Bendi atas sampul duit raya
Selepas hampir 30 tahun berkarya, kartunis Bendi atau nama sebenarnya Muhammad Najib Mohd Rudin buat pertama kalinya pada tahun ini mengabadikan karya di atas sampul duit raya.

Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.