PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka, berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu sesuai dalam usaha menggalakkan diplomat Malaysia untuk menguasai bahasa asing selaras dengan keperluan menjalankan urusan rundingan diplomatik dan perdagangan dengan negara lain.
"Kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka, berkuat kuasa 1 Januari 2023," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Ke-9 di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Perwakilan Diplomatik Malaysia juga merupakan tulang belakang kerajaan Keluarga Malaysia.
Justeru, setiap perwakilan ujar Perdana Menteri, perlu terus membantu Malaysia terutama dalam bidang pelaburan dan kerjasama strategik dengan negara luar.
"Saya sentiasa sedar realiti semasa di mana kerajaan perlukan dukungan semua penjawat awam selaku tulang belakang negara termasuk Perwakilian Diplomatik Malaysia.
"Bergerak ke harapan ayuh sama sama kita zahirkan impian dalam membina sebuah kerajaan sejahtera dalam menjunjung semangat Keluarga Malaysia," kata Ismail Sabri lagi.
Fareez Azman
Tue Sep 06 2022

Perdana Menteri berkata, semua perwakilan perlu terus membantu Malaysia terutama dalam bidang pelaburan dan kerjasama strategik dengan negara luar. - Gambar fail/ Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Elaun penjawat awam di luar negara dinaikkan - PM
Kerajaan akan menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara berkuat kuasa 1 Januari 2023.