PENDANG: Program Model Pengurusan Estet Padi (EMM) 2.0 yang dilaksanakan di Kampung Asam Jawa di sini disasarkan dapat meningkatkan purata hasil padi sehingga lapan tan per hektar bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menjelang 2026.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, purata hasil padi pada musim lepas di bawah program terbabit merekodkan hampir 4.7 tan per hektar.
Katanya, program yang menggunakan Sistem Pertanian Pintar (SPP) itu diharapkan dapat diperluaskan ke semua kawasan MADA di seluruh negeri Kedah.
"Program EMM 2.0 dilaksanakan di Kampung Asam Jawa, Pendang pada tahun 2020 sebagai kesinambungan daripada kejayaan Program EMM 1.0 yang diperkenalkan pada 2011.
"Ia melibatkan keluasan tanah seluas 64 hektar dan dikendalikan syarikat tempatan yang melibatkan penggunaan Internet Pelbagai Benda dan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0)," katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan tapak Projek Estate Management Model (EMM) 2.0 di Kampung Asam Jawa di sini pada Selasa.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam satu kenyataan memaklumkan Program EMM 2.0 mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman padi sekali gus meningkatkan produktiviti pesawah di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menjelang tahun 2026.
"Program EMM 2.0 merupakan inisiatif strategik di bawah NCIA Agribio Economic Zone (NAEZ) yang melibatkan dua kawasan yang lebih besar iaitu Transkrian Agri Hub dan Chuping-Bukit Kayu Hitam Agri Belt.
"Program ini dijangka dapat memberikan impak yang besar kepada agenda sekuriti makanan nasional dan juga memberi impak pada B40 dalam usaha meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi rakyat di NCER," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Feb 15 2022

Muhammad Sanusi (tiga dari kanan) mendengar penerangan mengenai peralatan yang digunakan dalam program EMM 2.0 di Kampung Asam Jawa di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

EMM 2.0 dijangka tingkatkan hasil padi menjelang 2026
Purata hasil padi pada musim lepas di bawah program terbabit merekodkan hampir 4.7 tan per hektar.