GEORGE TOWN: Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang diarah meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini selepas usul pengosongan empat kerusi DUN diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.
Mereka adalah ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).
Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang mengumumkan keputusan tersebut selepas usul yang dikemukakan ADUN Pinang Tunggal, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mendapat sokongan majoriti ADUN selepas ia dibahaskan 12 wakil rakyat.
Persetujuan usul tersebut dibuat menerusi pungutan suara dimana suara yang menyatakan persetujuan lebih ramai dan kuat berbanding tidak.
"Pengisytiharan tersebut diluluskan yang Dipertua Dewan Undangan negeri menurut fasal 14(A)(4) Perlembagaan Pulau Pinang, hendaklah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa telah berlaku kekosongan kerusi dan bahawa Dewan ini mengambil maklum mengenai usul di bawah fasal (5) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bahawa satu kekosongan luar jangka tidak boleh diisi memandangkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan terbubar dalam tempoh kurang dari dua tahun, dipersetujui. Ahli yang bersetuju lebih ramai maka Dewan memohon supaya empat ADUN terlibat mengosongkan kerusi dan meninggalkan Dewan Persidangan sekarang," katanya pada persidangan Dewan hari ini.
Susulan arahan itu, keempat-empat mereka kemudiannya meninggalkan bangunan DUN kira-kira jam 1 tengah hari.
Dengan keputusan itu juga, DUN Pulau Pinang ketika ini hanya memiliki seorang ADUN pembangkang iaitu ADUN Pas, Mohd. Yusni Mat Piah.
Terdahulu keempat-empat ADUN berkenaan mempertahankan kedudukan masing-masing ketika perbahasan usul itu khususnya berkenaan kelompangan yang terdapat dalam akta tersebut.
Keempat- empat ADUN berkenaan menyifatkan usul pengosongan kerusi yang diwakili mereka dibuat secara tergesa-gesa meskipun umum mengetahui tarikh pembubaran DUN akan berakhir Mei ini.
Selain itu mereka juga mendakwa usul tersebut juga adalah cubaan untuk 'menghalau' mereka daripada DUN untuk terus menunaikan tanggungjawab kepada pengundi di kawasan masing-masing.
Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sidang DUN yang dijadual hari ini akan membentangkan satu usul bagi tujuan pengosongan empat kerusi DUN berkenaan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kesahihan klausa-klausa dan perkara-perkara di dalam Perlembagaan negeri yang melarang wakil rakyat melompat parti.
Ia berikutan keputusan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu yang memutuskan peruntukan di bawah Enakmen Anti Lompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.
Mahkamah Persekutuan juga memutuskan Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang tidak terbatal kerana ia selaras dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 14(A) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Mar 06 2023

(Dari kiri) Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang), Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh) dan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) yang diarah keluar meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tengah hari tadi. - BERNAMA

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.
#AWANIRingkas 19 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Februari 2025
1️⃣ Petra, ST sedang muktamadkan tarif baharu
2️⃣ Projek infrastruktur sokong industri padi dilancar
3️⃣ MOT bentang memorandum mohon lesen kepada jemaah menteri
#awaniringkas
1️⃣ Petra, ST sedang muktamadkan tarif baharu
2️⃣ Projek infrastruktur sokong industri padi dilancar
3️⃣ MOT bentang memorandum mohon lesen kepada jemaah menteri
#awaniringkas
Agenda AWANI: Pindaan Akta perlindungan Pemberi Maklumat 2010
Apa rasional utama pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010? Kenapa ia perlu dilakukan segera? Diskusi 8.30 malam

RUU Pekerja Gig 2025 bakal dibentang Mac ini
Malaysia bakal menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan undang-undang khusus bagi melindungi pekerja gig sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja GIG 2025 diluluskan.
MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Selasa di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur bagi memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi negara.
Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau
Ekosistem sedia ada yang kukuh membolehkan sasaran sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 25.5 peratus atau RM382 bilion pada 2025.
Prabowo rombak Menteri Pendidikan Tinggi, Sains & Teknologi diganti
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto melakukan rombakan Kabinet menterinya dengan menggantikan Satryo Soemantri Brodjonegoro dengan Brian Yuliarto sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi.
Cadangan bina sekolah 17 tingkat perlu diteliti
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti meliputi aspek keselamatan dan kesesuaiannya.
Petra, ST sedang muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula Julai depan.

Bekas pegawai khas ADUN DAP P. Pinang cabul wanita dipenjara tiga tahun
Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu selepas mendapati L. Prem Anand, 52, bersalah mencabul wanita berusia 21 tahun berkenaan.