ALOR SETAR: Empat bilik asrama pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok di tingkat tiga bangunan asrama itu terlibat dalam kebakaran pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.55 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 13 minit kemudian.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi yang terletak sekitar 15 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, beberapa unit bilik asrama bangunan Kelas A didapati sedang terbakar.
"Terdapat 12 bilik keseluruhannya di blok berkenaan dan kebakaran hanya melibatkan empat bilik di tingkat tiga bangunan tersebut dan keluasan setiap sebuah bilik 24 x 18," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa, dan dua bilik didapati mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus, manakala dua bilik lagi terbakar 70 peratus.
Beliau berkata, 13 anggota bomba termasuk pegawai terlibat dalam operasi pemadaman itu yang turut dibantu petugas dari BBP Jitra, manakala punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, pelajar yang terjejas dengan kebakaran itu ditempatkan di penginapan baharu di blok berhampiran.
Beliau berkata, pihaknya akan memberikan bantuan wang tunai dan barangan keperluan asas bagi membantu meringankan beban pelajar yang terlibat dalam kejadian di Inapan Siswa (Inasis) Maybank itu.
Katanya, UUM juga akan membantu menguruskan penggantian dokumen perjalanan yang musnah dalam kebakaran itu dan memberi sokongan kaunseling kepada mereka.
"Pihak universiti sentiasa menekankan pelbagai aspek keselamatan termasuk kawalan kebakaran di semua bangunan seluruh kampus, dan memastikan ia memenuhi piawaian terkini yang ditetapkan pihak bomba.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 20 2021
Kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa, dan dua bilik didapati mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus, manakala dua bilik lagi terbakar 70 peratus. - Gambar BERNAMA
PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 PGA ketika menjalankan Op Taring Wawasan kira-kira 2.30 pagi.
Kes pukul OKU: Peguam tuntut hukuman lebih berat
Peguam Khairul Amin Abdullah gesa suspek kes pukul OKU di Chukai dituduh di bawah seksyen lebih berat demi keadilan mangsa, Ahmad Nor Al Faizan.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat pada 5.30 petang dan melalui siasatan awal mendapati terdapat lima individu bersaudara ke kawasan pantai untuk mandi sebelum dihanyutkan.
Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P
Pengasuh bayi didakwa menganiaya hingga sebabkan kematian
Chia Muy Hoong, 61 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas tuduhan menganiaya bayi 9 bulan sehingga maut di Mersing bulan lalu.
SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan reman dua anggota lain-lain pangkat pasukan keselamatan yang juga bertugas sebagai jurulatih.
Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan trafik ketara di lebuh raya utama sempena Tahun Baharu Cina 2025, dengan 2.6 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari.
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
Malaysia tidak boleh miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Bercakap pada sesi taklimat media bertajuk “Unlocking ASEAN's Digital Future: Driving Inclusive Growth and Global Competitiveness" di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
[TERKINI] Fadzaruddin mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna dana pelaburan RM8 juta
Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.
Dua pencipta kandungan wakili Malaysia dalam program 'ASEAN LIVE Creators for Change'
Program itu membuka peluang kepadanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai bidang pendidikan lebih-lebih lagi melalui kerjasama serantau.
Empat bilik asrama pelajar UUM terbakar
Kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa dan dua bilik didapati mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus manakala dua bilik lagi terbakar 70 peratus.