Polis Diraja Malaysia telah memfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad, dengan seorang daripada mereka dijatuhi hukuman penjara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pertuduhan terhadap empat individu terbabit yang dibuat pada Jumaat kerana memuat naik komen-komen berbentuk penghinaan.
Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505(c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.
"Pemilik akaun Facebook AYEA YEA dituduh di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM.
"Tertuduh mengaku salah terhadap 10 pertuduhan dan telah dijatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan penjara, yang berjalan secara berasingan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Isu hina Nabi: Pas cadang hukuman lebih keras
Menurutnya, turut difailkan pertuduhan ialah pemilik akaun Twitter @ ALVINCHOW333 yang dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505(c) KK dah Seksyen 233 AKMM.
"Tertuduh tidak mengaku salah bagi lapan pertuduhan yang dibaca. Tiada jaminan ditawarkan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April 2019," kata Mohamad Fuzi.
BACA: Hina Nabi, polis tahan 'Alvin Chow'
Beliau berkata pemilik akaun Facebook 'Danny A'antonio Jr' pula dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM serta mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April.
BACA: Hina Nabi: 3 pengguna media sosial ditahan, seorang masih diburu
Sementara itu, katanya, pemilik akaun Facebook 'YAZID KONG' yang dituduh di mahkamah sama telah mengaku salah.
Pendengaran fakta kes serta hukuman akan ditentukan pada 11 Mac ini.
BACA: Dua lelaki hina agama Islam, Nabi, direman sehingga Ahad
Seksyen 298A KK merupakan kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama.
Seksyen 505(c) KK pula berkaitan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan kesalahan terhadap golongan atau kaum lain manakala Seksyen 233 AKMM melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.
BACA: Umat Islam berhimpun, gesa tindakan keras terhadap individu hina Nabi
Mohamad Fuzi menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahguna media sosial atau rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.
Astro Awani
Sat Mar 09 2019

Mohamad Fuzi menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahguna media sosial atau rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Usaha perkemas Akta Komunikasi dan Multimedia, kekurangan RMM tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta Menteri Komunikasi menyatakan pelan untuk mengkaji dan memperkemas Seksyen 233.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk ditambah baik dan diperkemaskan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

KKD jangka bentang pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia di Parlimen awal tahun depan
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijangka membentangkan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia di Parlimen, awal tahun hadapan.

MCMC berpegang teguh kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
MCMC menekankan bahawa suruhajaya itu memainkan peranan yang amat penting sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Kebebasan media: Beberapa akta perlu dilihat semula - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru supaya undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dilihat semula.

Isu CTPPP, bantuan bencana antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Datuk Anyi Ngau minta Perdana Menteri menyatakan jenis dan nilai bantuan yang disalurkan kepada mangsa bencana alam ketika ini.

Akta Komunikasi dan Multimedia diteliti selaras penubuhan pasukan banteras pornografi kanak-kanak
Ia dibincangkan bersama Kabinet yang setuju beberapa undang-undang perlu diteliti semula dalam usaha melindungi kanak-kanak dan wanita.

Kandungan media sosial: Teliti tambah baik akta - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang membuat penelitian bagi menambah baik akta sedia ada, supaya tindakan dapat diambil kepada kandungan yang menyalahgunakan media sosial.

Padah ugut rempuh SJR, wanita hina polis ditahan
Suspek yang menggunakan nama Diana Mat itu menujukan kata-kata tersebut kepada petugas SJR di Putrajaya.

Pendidikan dan penguatkuasaan penting untuk hapus cetak rompak - Hatta Azad Khan
Menurut Dr Hatta dengan mendidik masyarakat awam akan lebih memahami kesan dari membeli barangan cetak rompak.