Tiga warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM kerana disyaki terbabit dengan aktiviti kumpulan Daish
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua daripadanya ditahan di Sabah manakala dua warga Bangladesh ditahan di Kuala Lumpur.
“Dengan tertangkapnya empat suspek ini, satu sel baharu pengganas yang mahu menjadikan Sabah sebagai transit untuk anggota dari Asia Tenggara dan Asia Selatan ke Filipina berjaya dilumpuhkan.
“Mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah 6 A Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747),” jelas kenyataan itu.
BACA: Kegiatan militan Daish kini beralih ke selatan Filipina
BACA: Bicara kes peniaga sokong kumpulan Daish ditetapkan 14 hingga 16 Februari
Tambahnya, hasil siasatan juga mendedahkan bahawa sel yang diketuai Dr Mahmud Ahmad telah bergabung dengan Kumpulan Abu Sayyaf pimpinan Isnilon Hapilon yang telah berbaiah dengan Abu Bakar Al Baghdadi, Pemimpin Daish.
“Suspek pertama ialah lelaki warganegara Filipina berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penjual jam telah ditahan pada 13 Januari di Kota Kinabalu. Dia merupakan anggota sel kumpulan Daish yang telah diarah merekrut dan mengatur penyusupan anggota-anggota baharu Daish dai Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Rohingya ke Selatan Filipina.
“Suspek kedua adalah wanita tempatan berusia 27 tahun yang ditangkap bersama-sama suspek pertama dari Selangor yang direkrut pada awal Januari lalu melalui media sosial. Ketika ditahan, suspek dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan sebelum menyusup masuk ke selatan Filipina dan mengaku merancang untuk berkahwin dengan suspek petama.
“Dua lagi suspek lelaki ialah warga Bangladesh berusia 27 dan 28 tahun di Kuala Lumpur pada 19 Januari 2017. Mereka juga disyaki ada hubungan dengan kumpulan pengganas Daish yang beroperasi di Bangladesh,” jelas kenyataan itu lagi.
Hilal Azmi
Mon Jan 23 2017

KHALID: Tiga warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM kerana disyaki terbabit dengan Daish. - Gambar fail

Institusi pondok rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam – Saifuddin Nasution
Institusi pondok memiliki kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama dengan KDN dan PDRM.
AWANI Pagi: Strategi Pengurusan Emosi Ketika Berpuasa
Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bertujuan mengawal emosi dan minda. Justeru bagaimana kita boleh memastikan emosi berada pada tahap yang baik sepanjang Ramadan agar tetap produktif dan tenang dalam menghadapi setiap cabaran? Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
[Data & Statistik] Pemerkasaan Wanita Dalam Domain Terpilih, Malaysia, 2024
Indeks jurang gender Malaysia merekodkan skor 0.705 dengan dua sub-indeks kekal tinggi, pencapaian pendidikan 1.071 dan kesihatan & kehidupan 0.956

AS bincang dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan TikTok - Trump
TikTok berdepan larangan jika perniagaannya di AS tidak dijual kepada pembeli Amerika sebelum 5 April.
OPR 2025: Ke mana Hala Tuju? Temubual Eksklusif Bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, membincangkan trend OPR Malaysia pada tahun 2025, faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan OPR, dan bagaimana ketidakpastian dasar Trump boleh mempengaruhi ekonomi Malaysia.

Anggota polis maut motosikal bertembung dengan lori
Mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Amerika bukan Kanada" - Mark Carney bidas ancaman AS
"Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika dalam apa jua bentuk."

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 4,122 orang pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

EPL: Chelsea tendang Manchester City ke tangga kelima
Gol tunggal Marc Cucurella jadi pemisah buat kedua-dua pasukan, namun persembahan The Blues secara keseluruhan jauh daripada meyakinkan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
- Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
- Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
- KPM larang gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
- Simbah anjing dengan air panas, pekerja kedai serbaneka dibuang kerja
- Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
- KPM larang gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina

Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.

Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.

Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.

Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.

Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.

Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.