PUTRAJAYA: Empat individu ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pembinaan dan menaik taraf jalan bernilai RM114 juta.
Perintah reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini, pada Rabu.
Mereka yang ditahan ialah seorang pengarah urusan, pengurus besar dan dua pengarah syarikat dari syarikat sama.
Menurut sumber, kesemua suspek yang berusia lingkungan 38 hingga 65 tahun itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, pada petang Selasa selepas memberi keterangan.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, pengarah urusan yang berusia 65 tahun itu bertindak sebagai orang tengah dengan meminta dan menerima rasuah daripada dua pengarah syarikat tersebut dengan dibantu oleh pengurus besar.
"Orang tengah terlibat dipercayai telah meminta sebanyak tiga sehingga lima peratus daripada jumlah projek sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan projek-projek di bawah program khas kerajaan tersebut.
"Projek tersebut merupakan projek membina dan menaik taraf jalan di selatan tanah air," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan penahanan.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.
Seksyen itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Umavathi Ramayah
Wed Jan 11 2023
Empat pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pembinaan dan menaik taraf jalan bernilai RM114 juta.
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
AWANI Tonight: Philippines: House votes to impeach VP Sara Duterte
The Philippine Lower House has endorsed an impeachment complaint against Vice President Sara Duterte, which will now move to the Upper House for trial, potentially leading to her removal from office and a lifetime ban from holding any future government position.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Pertahanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Konflik Gaza | Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.
JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
agenda 9pm 0502
Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Hentikan amalan tambahan kos 30 peratus oleh kontraktor
Kerajaan perlu memperbaiki prosedur pelantikan dan menamatkan amalan kontraktor menambah kos 30 peratus di atas harga pasaran.
LKAN 2/2024: Projek River of Life tidak akan disiapkan mengikut jadual
LKAN juga mendapati hanya 50 (16.9%) daripada 296 loji rawatan kumbahan berjaya dirasionalisasi atau dinaik taraf.
PM Anwar setuju penggunaan BIM diperluas kepada projek kerajaan dan swasta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersetuju supaya penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) diperluas kepada projek-projek kerajaan dan swasta.
‘Tiada kesalahan suami Hannah terima tender kerajaan Selangor’ - KP SPRM
SPRM mengesahkan kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada Kerajaan Selangor tidak mengandungi sebarang kesalahan.
Laporan bulanan kemajuan projek kerajaan mampu elak ketirisan - KSN
Mohd Zuki berkata, dengan kaedah pelaporan secara bulanan itu, segala perincian kos akan dikemukakan secara lebih jelas dan telus.
Empat individu direman kes rasuah, projek pembinaan, naik taraf jalan
Penahanan itu bagi membantu siasatan kes rasuah projek pembinaan bernilai RM114 juta.
Pasca COVID-19: Terengganu perkenal dua pakej bantu usahawan, kontraktor kecil
Pakej tawaran berkenaan telah berada di peringkat akhir sebelum dilaksanakan tidak lama lagi.
MBAM harap kerajaan perkenal langkah khas untuk industri binaan
Ini termasuk masa remobilisasi bagi mengurangkan tekanan terhadap syarikat kontrak terbabit dan mengelak mereka daripada dikenakan penalti LAD akibat isu tidak dijangkakan dan di luar kawalan.
Ahli Parlimen bergelar Datuk Seri pungut habuan jutaan ringgit dalam radar SPRM
Suspek yang tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan namun memperoleh laba yang sangat besar atas peranannya menjadi orang tengah.
Proksi Ahli Parlimen ditahan SPRM
Majistret Mahkamah Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim membenarkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu direman selama enam hari hingga 8 Oktober ini selepas SPRM membuat permohonan tersebut pada Rabu.