KUALA LUMPUR: Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor dan Kelantan atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes-kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Di Johor Bahru, bekas pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi Abdullah Daud, 70, didakwa di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan antaranya memiliki masing-masing dua buku digital PDF dan video berkaitan IS dalam telefon bimbitnya; serta dua buku bertajuk Hakikat Dienul Islam dan Tarbiyah Jihadiyah berunsur keganasan dan berkaitan IS.
Warga emas itu juga didakwa menggalakkan perbuatan pengganas dengan cara menanam fahaman ideologi keganasan kumpulan pengganas IS; dan membenarkan perjumpaan diadakan di dalam rumahnya bagi tujuan aktiviti keganasan di Jalan Takwa, Kampung Melayu Kangkar Pulai, Johor.
Dalam prosiding sama seorang kontraktor, Mohamad Awang, 48, turut didakwa memiliki item berkaitan IS dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.
Sementara itu di Segamat, seorang suri rumah Irma Julyanti Buang, 39, didakwa atas dua pertuduhan iaitu memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Facebook selain memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan penganas Daesh di dalam telefon bimbit dan komputer riba.
Di Kota Bharu, seorang bekas banduan Nik Mohd Shalahuddin Zakaria, 40, didakwa atas empat pertuduhan antaranya memiliki gambar, video dan artikel dalam bentuk 'portable document format' (PDF), yang merupakan item mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas dan kumpulan pengganas Islamic State (IS) dalam dua buah telefon bimbit.
Lelaki itu juga didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Facebook atas nama Ahmad Saif Al-Islam Il.
Nik Mohd Shalahuddin juga dituduh mengaku keahlian kumpulan IS dengan cara melakukan upacara baiah dengan Abu Hafs Al Hashimi Al-Qurashi iaitu pemimpin IS sebagai khalifah untuk memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS di Kampung Senang, Kota Jembal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024

Abdullah Daud, 70, didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. - Gambar/ Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Iraq umum ketua Daesh dibunuh
Katanya, gabenor yang diisytiharkan sendiri oleh kumpulan itu dan lapan yang lain maut dalam operasi antikeganasan di Pergunungan Hamrin.

Pekerja kilang didakwa miliki bahan berkaitan kumpulan Daesh
Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas dua pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

Ancaman Daesh: Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia - Saifuddin
Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dalam menangani sebarang ancaman terutamanya melibatkan elemen kumpulan ekstremis Daesh.

Pekerja restoran didakwa sokong, mengaku ahli kumpulan Daesh
Seorang pekerja restoran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan berkaitan kumpulan Daesh, iaitu memberi sokongan, memiliki artikel dan video, dan mengaku menjadi ahli.

Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh
Seorang bekas pensyarah antara lapan yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas Daesh.

Syria gempur kedudukan Daesh dengan sokongan Rusia
Tentera Syria dan kumpulan pengganas Daesh sekali lagi bertempur dalam serangan paling hebat dilaporkan di tengah Syria, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Daesh mengaku tanggungjawab letupan di Filipina
Militan Daesh yang mempunyai pengaruh di selatan negara itu, mengesahkan menerusi Telegram, anggotanya telah meletupkan bom tersebut.

3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa
Perdana Menteri Iraq Mohammed al-Soudani menyifatkan hukuman itu "adil" semasa pertemuan dengan keluarga mangsa.

Empat terbunuh dalam serangan di masjid di Iran
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas dua lelaki bersenjata menyerang masjid Shah Cheragh di Shiraz, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Iran pada Ahad.