KUALA LUMPUR: Empat kadet Tentera Malaysia telah terpilih untuk menyertai latihan di Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat tahun ini.
Lebih membanggakan, mereka merupakan antara 15 calon daripada seluruh dunia yang telah terpilih selepas melalui proses pemilihan yang teliti, dengan menunjukkan kecemerlangan dalam potensi kepimpinan, kecergasan, serta akademik.
Kuasa Usaha Kedutaan AS Michael Newbill berkata, Malaysia juga telah terpilih untuk menghantar empat kadet, melebihi tiga slot yang diperuntukkan untuk setiap negara iaitu darat, udara dan laut.
“Terdapat 60 slot secara keseluruhan dengan penglibatan 69 negara. Saya lihat Malaysia terus cemerlang dari segi perwakilan. Sejarah memperlihatkan bagaimana Malaysia antara yang terbaik dari segi kemasukan ke akademi.
“Seperti yang saya sebutkan dalam ucapan, kita sudah mempunyai lima kadet Malaysia di AS, dan dengan empat lagi kadet ini, sudah mempunyai sembilan kadet. Pada saya jumlah itu agak besar,” katanya kepada sidang media.
Empat kadet yang terpilih ialah Edlan Mikyad Ahmad Syamly dan Zarif Mohd Zamrin, masing-masing berusia 20 tahun serta Muahamad Danish Imran Zainudin dan Qarin Loqman Safriza, masing-masing berusia 18 tahun.
Edlan Miqyad bakal ditempatkan di Akademi Ketenteraan AS (USMA) di Westpoint, New York, manakala Muahamad Danish Imran dan Qarin Loqman akan dilatih di Akademi Tentera Laut AS (USNA) di Annapolis, Maryland, dan Zarif pula akan menerima latihan di Akademi Tentera Udara (USAFA) di Colorado.
Mengulas lanjut, Newbill berkata, akademi latihan AS direka untuk melatih generasi tentera negara terbabit, namun mereka melihat ada keperluan untuk membuka latihan kepada kadet luar negara bagi meningkatkan hubungan ketenteraan.
“Salah satu cara terbaik untuk kami mewujudkan suasana berkenaan, mengukuhkan hubungan antara AS dengan negara terlibat, ialah dengan menyerap masuk kadet tentera mereka, supaya mereka dapat memahami doktrin serta kerjasama AS dengan tentera di seluruh dunia.
“Ia amat penting kepada cara kami beroperasi di seluruh dunia. Dan ini merupakan satu daripada program kami yang pelbagai. Kami banyak menyerap kadet ke universiti ketenteraan AS yang lain, dan kami turut menghantar kadet AS ke negara lain,” katanya lagi.
Turut hadir, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zaidan Atan.
Sementara itu, Zaidan dalam ucapannya berkata, ATM mengiktiraf program akademi AS sebagai platform kejayaan dan pencapaian yang diperoleh menerusi diplomasi pertahanan tertinggi antara kedua-dua negara.
"Semoga kadet yang dipilih ini dapat menimba ilmu berguna kepada mereka," katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Jun 07 2022

Edlan Miqyad bakal ditempatkan di USMA di Westpoint, New York, manakala Muahamad Danish Imran dan Qarin Loqman akan dilatih di USNA, Maryland, dan Zarif pula akan menerima latihan di USAFA, Colorado. - Bernama
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

HLC Malindo: Tentera Malaysia, Indonesia bincang penyelesaian urusan sempadan
Tentera Malaysia dan Indonesia baru-baru ini mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Malaysia-Indonesia (HLC-Malindo) bagi mencari penyelesaian dalam urusan berkaitan sempadan negara.

Empat kadet Tentera Malaysia diserap masuk ke akademi ketenteraan Amerika Syarikat
Kuasa Usaha Kedutaan AS Michael Newbill berkata, Malaysia juga telah terpilih untuk menghantar empat kadet, melebihi tiga slot yang diperuntukkan.

Tentera Malaysia ke Arab Saudi untuk latihan, bukan berperang - Hishammuddin
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijemput oleh Arab Saudi sendiri untuk menyertai latihan tersebut.

Tentera Malaysia di Arab Saudi untuk lancarkan pemindahan rakyat Malaysia
Misi anggota tentera Malaysia di Arab Saudi adalah untuk memudahkan pemindahan keluar baki rakyat negara yang masih berada di Yaman.

Kes Tembak: Polis minta jangan buat andaian sendiri
Polis meminta orang ramai agar tidak membuat andaian berhubung insiden anggota tentera yang ditembak di sempadan Malaysia-Thailand.