MELAKA: Empat kawasan kajian geotapak di Melaka iaitu Tanjung Tuan, Pulau Besar, Pulau Undan dan Pulau Upeh, dilihat berpotensi untuk diiktiraf sebagai geopark kebangsaan berdasarkan kepelbagaian warisan geologi, biodiversiti dan nilai budaya tinggi.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka Siti Aminah Abdul Sarif berkata empat kawasan itu, mempunyai keunikan tersendiri dengan pencirian nilai sumber warisan meliputi saintifik, rekreasi, estetik dan budaya, untuk diangkat sebagai geo produk pelancongan baharu.
"Kajian menerusi pelan pembangunan geopark ini dimulakan sejak Mei tahun lepas dan kita dapati seperti di Tanjung Tuan, mempunyai geologi dan geodiversiti kompleks batuan yang berusia lebih 400 juta tahun.
"Malah di Pulau Besar juga merupakan unjuran granit Banjaran Titiwangsa, yang menganjur sehingga ke kawasan ini dan mempunyai fitur geologi unik, manakala Pulau Undan terdapat satu tembolo iaitu beting pasir yang berubah mengikut musim," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Siti Aminah berkata geologi dan geodiversiti terdapat di geotapak berkenaan, bukan sahaja boleh menarik pengunjung untuk menikmati alam semula, jadi malah dari segi ilmiah untuk pendidikan.
Beliau berkata uniknya di Melaka, ia menggabungkan beberapa pulau selain Geopark Langkawi dengan pelaksanaan kajian itu masih diteruskan, dan dijangka siap pada 2026.
"Kita masih dalam kajian dan melihat ciri-ciri yang boleh menjadikan ia sebagai sebuah geopark, kerana terdapat kekangan persempadanan iaitu di Tanjung Tuan dan jika ia dapat di selesaikan, Melaka akan mempunyai geopark sendiri," katanya.
Sementara itu Timbalan Pengarah Perancangan dan Pemantauan Pembangunan, Jabatan Mineral dan Geosains Noorazhar Ngatimin berkata geopark merupakan suatu kawasan yang memiliki tapak warisan geologi, yang boleh digunakan bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan secara lestari.
Beliau berkata kompenan utama geopark ialah pemuliharaan, pembangunan sosioekonomi dan pembangunan fizikal, bagi kawasan yang jelas mempunyai sumber warisan semula jadi, sejarah dan budaya bernilai antarabangsa.
"Geopark umumnya di daerah luar bandar yang memiliki warisan alam, perlu diurus secara lestari bagi memastikan sumber warisan terpelihara, komuniti setempat disejahterakan dan peluang pembangunan ekonomi ditingkatkan.
"Untuk kawasan itu diiktiraf sebagai geopark, hasil laporan penilaian yang dijalankan perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan, seterusnya pewujudan Geopark Kebangsaan itu akan menjadi langkah permulaan, sebelum menjadi geopark bertaraf dunia menerusi pengiktirafan UNESCO," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023
![Empat kawasan di Melaka berpotensi diiktiraf geopark kebangsaan Empat kawasan di Melaka berpotensi diiktiraf geopark kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697969622_PulauUndanMelaka.jpg)
Pulau Undan antara pulau yang diwartakan sebagai Taman Laut Melaka pada April lepas yang mempunyai keindahan pantai dan hidupan marin yang pelbagai spesies. - Foto BERNAMA
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
![Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681454653_BazarRamadan.jpg)
Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
![Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0 Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737947377_MelakaJonkerWalk.jpg)
Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.
![Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736591136_FairulNizamRoslan.jpg)
Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
![Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736568276_cricketgeneric.jpg)
Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.
![Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735795626_tbbangunanlamarun.jpg)
Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.
![Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735695175_SambutanAmbangTah.jpg)
Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.
![Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735295106_MelakaAbRauf.jpg)
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
![Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734968797_nahasbasAyerKeroh.jpg)
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
!['Buaya Klebang' seberat 400kg akhirnya ditangkap 'Buaya Klebang' seberat 400kg akhirnya ditangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734581315_buayaklebangdita.jpg)
'Buaya Klebang' seberat 400kg akhirnya ditangkap
Buaya yang menimbulkan kerisauan di Klebang berjaya ditangkap anggota Perhilitan di Sungai Malim, Pulau Gadong, Melaka pada malam Rabu.
![SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Datuk Seri SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Datuk Seri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734499716_tbSPRM.jpg)
SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Datuk Seri
Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lalu.