IPOH: Perak melaporkan empat kes penyakit demam babi Afrika (ASF) melibatkan dua daerah dari Disember hingga awal tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A. Sivanesan.
Beliau berkata tiga kes positif ASF dikesan pada ternakan babi komersial iaitu satu di ladang di Bidor, di daerah Batang Padang dan dua lagi di Sungai Siput, di daerah Kuala Kangsar, antara Disember dan 3 Jan lepas.
"Pada 13 Jan satu lagi kes positif ASF dikesan di daerah Kuala Kangsar. Kes dikesan hasil survelan dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak dalam radius 10 kilometer (km) dari ladang yang dijangkiti.
"Ladang terlibat yang terletak di mukim Sungai Siput telah dikuarantin dan tindakan pemusnahan serta pelupusan baki ternakan babi di ladang itu akan dijalankan pada 17 Jan ini secara berperingkat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurutnya kes terbaharu itu menjadikan jumlah kes positif ASF di Perak adalah 11 kes sejak tahun lepas iaitu satu kes di Hilir Perak, Batang Padang (lima), Kerian (dua) dan Kuala Kangsar (tiga).
Sivanesan berkata 12.1 peratus daripada keseluruhan 91 ladang babi di negeri ini telah dijangkiti ASF dan jumlah babi yang dilupuskan sebanyak 8,488 ekor melibatkan kerugian dialami penternak dianggarkan RM12 juta.
Beliau berkata kesemua ladang yang disyaki dan disahkan dijangkit ASF telah diarahkan tindakan kuarantin, selain sekatan pergerakan di semua ladang yang terletak dalam dua km radius dari ladang terlibat dan ladang yang menggunakan kenderaan lori pengangkut babi yang sama sehingga survelan selesai.
Menurutnya kesemua penternak babi dinasihatkan meningkatkan biosekuriti ladang bagi mengelakkan dijangkiti ASF dan menghubungi JPV jika terdapat kematian babi hutan atau babi komersial di kawasan mereka untuk tindakan lanjut.
"Setakat ini, bekalan daging babi di Perak adalah terkawal dan saya akan mengadakan perjumpaan bersama persatuan penternak dan pengarah JPV negeri untuk berbincang mengenai masalah ini kerana kemungkinan berlaku kekurangan bekalan sekiranya tidak ditangani segera.
"Kesemua ladang perlu ditukar kepada sistem penternakan moden yang tertutup, tetapi di Perak hanya 20 peratus daripada keseluruhan ladang yang sudah melaksanakannya dan kita jangka banyak ladang terpaksa ditutup sekiranya gagal berbuat demikian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023

Perak melaporkan empat kes penyakit demam babi Afrika (ASF) melibatkan dua daerah dari Disember hingga awal tahun ini.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kes baharu ASF di sebuah lagi ladang ternakan babi di Valdor
Ia menjadikan dua kes terkumpul positif ASF membabitkan dua ladang ternakan babi di negeri itu, setakat ini.

Demam Babi Afrika: Pelupusan 88 babi dijangkiti di Kerian dijangka selesai hari ini
Kerja-kerja pelupusan yang dijalankan mengikut piawaian ketat dan terkawal, kata Exco Perak.

Tiada aktiviti ternak babi berhampiran Sungai Rambai
Isu berkenaan masih dalam perhatian pihaknya dan ia menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan.

Kerajaan N.Sembilan perketat pemantauan ladang babi cegah ASF
Tiada kes terbaharu wabak itu dikesan selepas 273 ekor babi yang dijangkiti penyakit itu dilupuskan pada 13 April lepas.

Lebih 3,000 babi komersil di Perak dijangkiti ASF - Exco
Razman berkata, penyakit ASF itu dikesan di daerah Hilir Perak dan Batang Padang.

Penyakit Demam Babi Afrika dikesan di Negeri Sembilan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) hari ini mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dikesan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson.

Laksanakan 'PKP' terhadap babi, kawal wabak ASF
"Babi hidup hanya boleh bergerak di dalam negeri sahaja dan penyembelihan dilakukan dalam negeri tersebut sahaja."

Penampang jadi daerah ke-20 diisytihar kawasan wabak ASF
Penampang menjadi daerah ke-20 yang disyitiharkan kawasan penularan wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah.

DVS hapus 16,000 babi dijangkiti Demam Babi Afrika di Melaka
Virus ASF mula dikesan di Paya Mengkuang pada akhir bulan lepas.

Wabak Demam Babi Afrika dikesan di Bidor, Sungkai, Jerantut
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini mengesahkan pengesanan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) pada babi hutan di Bidor dan Sungkai, di Perak, serta Jerantut di Pahang.