Empat lelaki termasuk remaja berusia 17 tahun ditahan kerana merempuh sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Parit Raja, dekat sini, awal pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata kesemua lelaki warga tempatan berusia antara 17 hingga 19 tahun itu ditahan setelah didapati gagal mematuhi PKP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan selain menghalang penjawat awam melakukan tugasan.
Katanya dalam kejadian 3.15 pagi, semasa anggota polis dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan tugasan pemeriksaan PKP di sebuah lokasi sekatan jalan raya, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux berada dalam keadaan mencurigakan, selain membuat pusingan U bagi mengelak diperiksa dalam sekatan itu.
"Sebuah MPV telah bertindak mengejar dan memberikan arahan untuk memberhentikan kenderaan dengan menggunakan pembesar suara namun suspek enggan bekerjasama malah bertindak menghimpit kenderaan polis beberapa kali.
"Kenderaan yang dipandu suspek juga turut bertindak merempuh sekatan jalan raya di Parit Raja dan hampir merempuh kenderaan Team Task Force COVID-19 yang membuat sekatan," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Azhan lagi, kenderaan pacuan empat roda berkenaan berjaya ditahan di Persimpangan Jalan Ayer Hitam-Yong Peng dengan bantuan unit MPV yang lain, di mana berlaku pergelutan setelah suspek enggan memberikan kerjasama ketika tangkapan dilakukan.
Katanya ketika pemeriksaan dilakukan terhadap kenderaan berkenaan tiada barangan yang menyalahi undang-undang ditemui dan pihaknya percaya punca mereka melarikan diri adalah disebabkan pemandu tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
"Bagaimanapun hasil daripada ujian saringan air kencing mendapati salah seorang penumpang positif dadah dan kes disiasat mengikut Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.
"Mereka ini juga akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, selain disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Polis 1967 kerana melanggar sekatan jalan raya oleh polis," kata beliau.
Azhan juga berkata siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 24 2020
Mereka disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Polis 1967 kerana melanggar sekatan jalan raya oleh polis. - Gambar hiaasan
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.
Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.
Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.
MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.
JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).