HULU TERENGGANU: Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
Abd Muien Shafie, 41, berkata, dia menemukan bangkai haiwan tersebut sekitar jam 10 pagi dalam kejadian di Kampung Kemat, di sini pada Sabtu.
Menurutnya, ternakannya itu sebelum ini diletakkan di kawasan berpagar elektrik dalam kebun seluas empat hektar di kampung berkenaan dan akan dikawal secara berkala pada setiap hari.
"Pagi ni (Sabtu) macam biasa saya akan ke kebun untuk periksa lapan ekor lembu yang diternak. Saya berasa tak sedap hati sebab hanya nampak dua ekor lembu dan ia seolah-olah takutkan sesuatu.
"Saya pusing dalam kebun macam ada terhidu bau bangkai tapi tak jumpa datang dari mana. Saya kemudian balik ke rumah dan pergi semula ke kebun dalam tengah hari.
"Masa tu barulah jumpa satu demi satu bangkai lembu yang mati," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Sabtu.
Abd Muien berkata, selepas menemukan bangkai tersebut, dia telah meletupkan mercun di dalam kebun berkenaan dan terdengar bunyi ngauman harimau di kawasan itu.
"Saya yakin lembu ini mati dibaham harimau sebab selain menjumpai kesan tapak kaki, saya sendiri dengar dengan jelas bunyi ngauman harimau selepas meletupkan mercun dalam kawasan kebun.
"Sebelum ini pun dah ada penduduk yang nampak tiga ekor harimau belang, seekor anak dua lagi harimau betina dan jantan dewasa dalam kampung ini, "ujarnya.
Menurutnya, kebanyakan bangkai lembu itu dijumpai dalam keadaan tidak lengkap, namun ada sebahagian daripadanya masih sempurna dengan hanya terdapat kesan gigitan pada bahagian leher dan anggota badan lain.
"Ada yang kena baham di bahagian punggung, kena makan separuh badan, kena gigit bahagian kepala, leher dan beberapa kesan gigitan pada bahagian yang lain.
"Kalau tengok pada kecederaan lembu-lembu ini nampak macam harimau tu cuba ajar anaknya memburu sebab kalau kata ia benar-benar lapar sudah tentu lembu-lembu ini hanya tinggal rangka," ujarnya.
Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama berlaku malah dianggarkan sebanyak 20 ekor lembu peliharaan penduduk di kampung berkenaan telah mati akibat dibaham harimau.
"Sebelum lembu saya mati, ada dua kes melibatkan haiwan ternakan yang sama berlaku sebelum bulan puasa dan ketika bulan puasa baru-baru ini.
"Beberapa aduan telah dibuat namun setakat ini belum ada tindakan berkesan yang diambil oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Ada anggota Perhilitan yang datang membuat pemantauan tetapi kita lihat belum ada kesan positif lagi," katanya.
Abd Muien memberitahu, kes serangan haiwan buas terhadap ternakan penduduk dipercayai berlaku selepas aktiviti pembalakan giat dijalankan di kampung berkenaan.
"Sebelum ada aktiviti pembalakan di kampung ini, tak ada sangat kejadian haiwan liar di kampung ini. Kita dapati haiwan-haiwan ini muncul selepas berlaku pembalakan di kawasan-kawasan hutan yang menjadi habitatnya.
"Hari ini pun ada penduduk kampung ini yang terserempak dengan dua ekor gajah (ibu dan anak) ketika mahu ke kebun. Kami penduduk di sini yakin haiwan-haiwan ini muncul dalam kawasan penempatan penduduk kerana tempat tinggal mereka telah diganggu," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 20 2024

Lembu peliharaan Abd Muien yang dijumpai mati dengan kesan gigitan pada bahagian leher. Gambar kecil: Terdapat kesan tapak kaki dipercayai harimau dalam kawasan kebun terbabit.

Jojo Ghazali hadiahkan jam tangan Rolex buat ibu tercinta
Petarung Muay Thai negara, Johan Ghazali, malam tadi berkongsi momen istimewanya menghadiahkan ibunya jam tangan berjenama Rolex.
Penularan HIV meningkat dalam kalangan lelaki homoseksual
Lebih 60 peratus kes jangkitan HIV tahun lalu berpunca daripada hubungan homoseksual dan biseksual, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau menyatakan bahawa penggunaan kondom yang tidak konsisten dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi menjadi faktor utama peningkatan jangkitan. #AWANInews
Dewan Rakyat 'hangat', YB Kampar sarankan Wee Ka Siong dilantik Penasihat KWSP
Dewan Rakyat hangat YB Kampar, Chong Zhemin beri cadangan kepada Menteri Kewangan untuk melantik YB Ayer Hitam , Datuk Seri Wee Ka Siong sebagai penasihat KWSP. "Sebab dia hebat, dia ada 'crystal ball' dia boleh tahu bila saham naik, bila saham turun," kata YB Kampar ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. #AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"Rekod saya lebih baik daripada rekod Marang hadir dalam Dewan" - Saifuddin
"Soal nak sindir saya datang, tak datang... saya nak jamin satu perkara. Kedatangan saya dalam Dewan jauh lebih baik daripada rekod Marang hadir dalam Dewan. Itu Fakta," tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Sebelum itu, Saifuddin menjelaskan kes GISBH dimasukkan sebagai jenayah terancang kerana mematuhi Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.
Sebelum itu, Saifuddin menjelaskan kes GISBH dimasukkan sebagai jenayah terancang kerana mematuhi Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.

Bekas KSU Kementerian bebas tuduhan bersubahat terima rasuah
Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan bekas KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman daripada pertuduhan bersubahat dengan anak lelakinya dalam kes rasuah.

RUU Perkhidmatan Parlimen harus bersifat bebas daripada campur tangan badan Eksekutif
RUU Perkhidmatan Parlimen yang bakal dibentangkan seharusnya memberikan autonomi institusi, pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen.

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.
Hamas sedia bebaskan semua tahanan Israel serentak
Kesediaan untuk membebaskan semua baki tahanan Israel secara serentak dalam fasa gencatan senjata berikutnya.
Korea Selatan akan bangunkan ChatGPT sendiri
Korea Selatan akan membangunkan model ChatGPT tersendiri untuk bersaing dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) global.
Usah perlekeh protokol 'Chinese wall', benteng pemisah maklumat
KWSP mengekalkan tahap profesionalisme dan tadbir urusan yang tinggi dalam pengurusan dengan mengamalkan protokol Chinese Wall.

Harimau belang baham dua lelaki masuk perangkap
Beliau tidak menolak harimau ditangkap itu haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian hanya kira-kira 4km.

Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.