JELI: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kakinya terjerlus ketika meniti di atas batu semasa hendak menjala ikan di Sungai Hulu Balai, Kampung Kuala Balah di sini pada Ahad.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa Mohd Hulul Izmi Mohd Kamil, 31, bersama tiga lagi rakannya dikatakan berkhemah di kawasan tersebut sejak Sabtu.
Rakan-rakan dikatakan cuba membantu mengeluarkan mangsa namun gagal sehinggalah mereka membuat keputusan untuk meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.11 petang melibatkan seorang lelaki dipercayai kakinya tersepit di celah batu.
"Apabila tiba di lokasi, diddapati kaki mangsa tersepit di batu sungai.
"Kami menggunakan peralatan 'rescue tool' dan sekitar jam 6.40 kaki mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pada jam 8.30 malam mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 07 2024

Kaki mangsa terjerlus ketika meniti di atas batu semasa hendak menjala ikan di Sungai Hulu Balai, Kampung Kuala Balah di Jeli pada Ahad. - Foto JBPM
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Kepala kanak-kanak tiga tahun tersepit tiang rumah
Tindakan pantas anggota pemadam kebakaran (Damkar), berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu dengan selamat.

Kanak-kanak perempuan enam tahun maut tersepit celah meja lipat
Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu sedang bermain seorang diri di bahagian belakang rumahnya.

Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.

Pemandu tersepit, kereta terbabas masuk parit
Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.

Enam jam kaki tersepit di batu sungai
Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.

Seorang maut, dua cedera nahas dua kereta di Tanjung Tualang
Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan.

Seorang maut, seorang cedera kereta terbabas di Sitiawan
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pemandu maut tersepit ketika periksa lori
Seorang pemandu lori maut akibat tersepit di bahagian bawah lorinya semasa memeriksa kenderaan itu di Kampung Taginabur Kiulu, Jalan Ranau-Tuaran hari ini.

Dua cedera, van bawa 12 individu langgar lori simen
Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan susulan.

Dua maut, tiga terselamat nahas tiga lori
Mangsa dalam lori Isuzu didapati tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.