PUCHONG: Akibat panik, enam individu nekad melarikan diri melintasi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), di sini selepas kenderaan disyaki kereta curi yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan pada Jumaat.
Rakaman video kejadian itu tular selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook memaparkan beberapa individu keluar dari sebuah kereta jenis Proton Wira dan melarikan diri di tengah-tengah lebuh raya yang sedang sibuk.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, tindakan kesemua suspek terbabit telah menyebabkan berlakunya satu lagi kemalangan melibatkan dua buah kenderaan lain.
"Kejadian berlaku pada 6 Januari jam lebih kurang 8.45 malam melibatkan tiga buah kenderaan berhampiran pusat beli-belah IOI.
"Kemalangan berlaku apabila kereta suspek gagal menukar laluan lalu melanggar bahagian belakang dua buah kereta.
"Selepas kejadian perlanggaran itu, kereta suspek berhenti dan pemandu serta penumpang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita melarikan diri ke seberang jalan arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Anbalagan berkata, kedua-dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut pula telah membuat laporan dan tiada kecederaan dilaporkan, namun kenderaan masing-masing mengalami kerosakan di bahagian belakang.
Katanya, hasil semakan mendapati kenderaan dinaiki suspek didaftarkan di Johor dan dilaporkan hilang di Pangsapuri Sri Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya 3 Januari lalu.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta tampil ke balai berhampiran bagi membantu siasatan bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)," ujar beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 07 2023

Rakaman video tular memaparkan beberapa individu berlari di tengah-tengah Lebuhraya Damansara-Puchong pada Jumaat. - Foto Facebook
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi
Kementerian itu juga mengesahkan mengenai hubungan seorang penyerang yang maut dengan kumpulan pengganas PKK.

Enam larikan diri selepas kereta curi terbabit kemalangan
Tindakan kesemua suspek terbabit telah menyebabkan berlakunya satu lagi kemalangan melibatkan dua buah kenderaan lain.

Kereta curi 'tersadai' pada tangga
Rakaman video 'operasi sukar' itu turut menjadi tular di media sosial malah dikongsi oleh SkyNews di YouTube.

Lelaki ditahan cubaan lolos pemeriksaan polis, dua masih dikesan
Suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah.

Patutlah lari, pandu kereta hilang rupanya
Polis sedang memburu seorang lelaki yang berjaya melarikan diri selepas merempuh sebuah kereta peronda polis (MPV) di sekitar PJS 7/19, Bandar Sunway pada Sabtu.

Tiga cedera semasa larikan diri daripada Peronda Lebuh Raya
Suspek berusia antara 32 hingga 21 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana kereta Proton Satria yang dinaiki mereka dilaporkan dicuri di Kuala Lumpur.

Pengurup wang rugi RM120,000 disamun empat lelaki bersenjatakan parang
Salah seorang suspek melibas cermin kaunter dengan parang sehingga pecah lalu masuk ke dalam kaunter dan mengambil wang di kaunter.

Curi tiga kenderaan di pusat pameran, tiga lelaki direman
Lagak tidak ubah seperti filem Hollywood.

Empat ditahan kes pukul hingga mati lelaki Melayu di DUKE
Seramai lebih kurang 15 orang ramai sedang mengelilingi serta memukul seorang lelaki Melayu yang membawa sebuah kereta Honda Civic.