Tindakan pantas seorang lelaki warga emas menyedari kehadiran seekor ular tedung cincin menyusur masuk ke dapur rumah berjaya menyelamatkan nyawa enam ahli keluarganya yang lain daripada diancam serangan reptilia berbisa itu dalam kejadian di Kampung Sungai Damit, Membakut, petang semalam.
Dalam kejadian jam 7.15 petang Khamis, pengadu, Ariffin Abdullah, 60, dikatakan sedang tidur di bilik tidurnya sebelum terdengar bunyi dengusan pelik dari bahagian dapurnya.
Sebaik sahaja membuat pemeriksaan, lelaki itu terkejut apabila melihat ada seekor ular tedung sepanjang kira-kira dua meter sedang berlingkar di bawah meja makan di dapur berkenaan dan tanpa berlengah, pengadu kemudiannya bergegas menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort Mohd Mayroof Koibil ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.30 petang sebelum sebuah jentera dengan kekuatan seramai empat anggota dikerahkan ke rumah pengadu untuk operasi menangkap ular itu.
"Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini membabitkan seekor ular tedung cincin sepanjang hampir dua meter yang dipercayai memasuki rumah pengadu sebelum menyusur ke bahagian dapur.
"Setibanya APM Beaufort di lokasi pada jam 7.42 petang, kita dapati reptilia berbisa itu sedang berlingkar di bahagian dapur rumah pengadu dan hasil tindakan pantas anggota yang bertugas, ular berkenaan berjaya ditangkap dengan menggunakan peralatan khas," katanya.
Beliau berkata, operasi itu berjaya ditamatkan pada jam 8 malam dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Tambahnya, ular tedung itu sudah dibawa ke pejabat APM Beaufort untuk tindakan lanjut.
Ruzaini Zulkepli
Fri Dec 08 2017
Kehadiran ular tedung itu disedari pengadu apabila mendengar dengusan reptilia terbabit dari bahagian dapur rumahnya. - Foto ihsan APM Beaufort
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Sangkal program tiada manfaat, GMWA 2024 iktiraf kreativiti pencipta kandungan
Syazwan berkata dakwaan itu bergantung kepada individu untuk menilai kerana dunia digital tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Enam sekeluarga terselamat daripada ular tedung
Enam ahli keluarganya terselamat daripada diancam serangan ular tedung cincin dalam kejadian di Kampung Sungai Damit, Membakut, petang semalam.
Hanya 8 minit untuk polis ke lokasi kecemasan - Zulkifli
Waktu respon polis ke lokasi panggilan kecemasan sekitar ibu kota kini secara purata adalah lapan minit berbanding 15 minit sebelum ini.
Ayah temui ajal cuba selamatkan anak bongsu yang turut maut
Ayah terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan anak bongsu yang terjatuh ke dalam air ketika bot tiba-tiba beralun namun kedua-duanya menemui ajal.
Kerajaan pusat akan bina 9,999 rumah di Pulau Pinang
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan Pusat akan membina 9,999 rumah kos sederhana rendah dan mampu milik.