YAN: Pulau Pinang berkemungkinan akan mengepam air selut dari Sungai Muda pada masa akan datang sekiranya masih bertegas enggan membayar pampasan caj bekalan air kepada Kedah.
Itu amaran keras Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memandangkan terdapat beberapa projek yang berada dalam perancangan kerajaan negeri itu, yang mana akan memberikan kesan besar kepada aliran air Sungai Muda.
Tambah beliau, kerajaan negeri juga bersedia untuk membawa pertikaian berkaitan kes berkenaan ke mahkamah.
Bagaimanapun, pihaknya akan merujuk kepada Kerajaan Pusat dalam membentuk satu rundingan khususnya bagi menyelesaikan kemelut yang membabitkan kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang.
BACA: Hak riparian: Pulau Pinang hanya layak guna 5 peratus air Sungai Muda - Sanusi
"Proses mungkin (akan) sampai ke peringkat itu (mahkamah) tetapi saya mungkin akan mohon kerjasama dari Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk mengadakan proses timbang tara (rundingan) untuk mengatasi hal itu.
"Kalau timbang tara itu tidak dapat dijayakan mungkin proses seterusnya akan ke mahkamah, dan saya akan pergi ke hujung dunia untuk pertahankan hak ini," tegasnya.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Pejabat Daerah Yan, pada Rabu.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow enggan memanjangkan isu penggunaan sumber air dari Sungai Muda, Kedah, dan sebaliknya memilih untuk mempertahankan hak riparian negeri itu di mahkamah.
Kon Yeow berkata, isu tersebut sering dibangkitkan Sanusi sebelum ini dan beliau sendiri sudah menyatakan kesediaannya untuk bersemuka di mahkamah sekiranya kerajaan Kedah mahu mengambil tindakan undang-undang berhubung isu berkenaan.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada perkembangan lanjut dan beliau terkejut apabila isu tersebut dibangkitkan sekali lagi terutama selepas Sanusi menyatakan Pulau Pinang hanya layak menggunakan lima peratus sahaja air dari Sungai Muda.
Abd Hadi Che Awang
Wed Mar 17 2021
![Enggan bayar, Pulau Pinang akan pam air selut Sungai Muda - Sanusi Enggan bayar, Pulau Pinang akan pam air selut Sungai Muda - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615970528_SANUSI.jpg)
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) mengadakan sidang media selepas Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Yan hari ini. - Foto BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739362992_mesintebu.jpg)
Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.
![Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729327848_YeohSoonHin.jpg)
Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.
![1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam 1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738421133_HinduThaipusam.jpg)
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
![Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738417338_bukitbendera.jpg)
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
![Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738313831_HamzahAhmad.jpg)
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
![P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738236037_CCTV.jpg)
P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.
![TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738148578_TBnegeriutara.jpg)
TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.
![Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736609488_TBSazaleeAdam.jpg)
Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.
![Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735559386_KeretaTerbakarPDR.jpg)
Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.
![Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735282786_TBBULIJALANRAYA.jpg)
Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan mengayun rantai besi ke cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu.