KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan AREX Airport Railroad Co Ltd (AREX) menandatangani perjanjian kerjasama bagi menyediakan perjalanan lebih lancar kepada penumpang antara Kuala Lumpur dan Incheon, Korea Selatan.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ERL Noormah Mohd Noor dan CEO AREX Kim Jongdae, dengan disaksikan Duta Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung-bae.
Kenyataan bersama oleh kedua-dua syarikat berkenaan memaklumkan menerusi kerjasama itu penumpang yang melakukan perjalanan dari dan ke Kuala Lumpur dan Incheon boleh membeli tiket tren ERL dan AREX secara bersama di Klook melalui hanya satu transaksi.
"Pilihan inovatif ini membolehkan penumpang membeli tiket tren dalam satu transaksi, yang akan memudahkan lagi urusan pemindahan lapangan terbang bagi pengembara antarabangsa dan meningkatkan pengalaman perjalanan mereka," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Noormah berkata selain menawarkan tiket tren secara bersama, ERL berharap kerjasama itu dapat mewujudkan gabungan dalam kalangan pengendali rel lapangan terbang sebagaimana gabungan dalam kalangan syarikat penerbangan seperti OneWorld dan Star Alliance.
"Ketika ini terdapat lebih 25 perkhidmatan rel-udara di dunia, jumlah yang mencukupi untuk pengendali rel lapangan terbang bergabung sebagaimana gabungan syarikat penerbangan, dan kami berhasrat untuk menghubungi pengendali lain bagi membolehkan gabungan ini menjadi kenyataan tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan sama.
Noormah turut berterima kasih kepada AREX atas kesungguhan mereka untuk menjalin kerjasama, serta menegaskan bahawa ini akan membantu ERL menembusi pasaran Korea dan memperkenalkan perkhidmatan tren dalam kalangan pengembara negara itu yang merancang untuk melawat Kuala Lumpur.
"Pelancong Korea akan dapat menikmati proses pemindahan dari lapangan terbang ke pusat bandar dengan lancar dan efisien, sekali gus meningkatkan pengalaman keseluruhan perjalanan mereka," katanya.
Sementara itu, Kim berkata pihaknya mengalu-alukan kerjasama itu untuk berkongsi kekuatan masing-masing dan menyediakan perkhidmatan tren yang lebih mudah.
Yeo pula berkata kerjasama itu akan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara dan sebagai langkah penting dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan tren.
Selesai majlis menandatangani perjanjian, delegasi dari AREX kemudian dibawa melawat kemudahan daftar masuk penerbangan dalam bandar ERL di KL Sentral, dengan perkhidmatan daftar masuk dan kiosk layan diri disediakan untuk Malaysia Airlines, Batik Air, Cathay Pacific, KLM, dan Ethiopian Air.
Pakej Bersama ERL AREX sudah boleh dibeli di Klook sejak 15 Julai lepas dan bagi meraikan pelancarannya, ERL dan AREX menawarkan diskaun 10 peratus untuk 500 tiket pertama, dengan setiap tiket sehala bagi dewasa adalah RM71.65, tertakluk kepada terma dan syarat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Duta Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung-bae menyaksikan majlis menandatangani MoU antara CEO ERL Noormah Mohd Noor dan CEO AREX Kim Jongdae pada Selasa. - Foto BERNAMA

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

MH66 berpatah balik: MOT tunggu laporan lengkap MAB - Loke
Kementerian Pengangkutan sedang menunggu laporan lengkap daripada Malaysia Airlines Bhd (MAB) berhubung insiden pesawat MH66 berpatah balik.

ERL, AREX lancar gabungan perkhidmatan rel lapangan terbang hubungkan Kuala Lumpur dan Incheon
Menerusi kerjasama itu, penumpang boleh membeli tiket tren ERL dan AREX secara bersama di Klook melalui hanya satu transaksi.

Penumpang kongsi pengalaman terkandas lebih 27 jam di Incheon
Nuruljannah Musatapa adalah antara 315 penumpang yang berdepan kelewatan pulang ke Malaysia akibat masalah teknikal pesawat AirAsia, Ahad lepas.

Lapangan Terbang Hamad Doha rampas gelaran lapangan terbang terbaik dunia daripada Changi Singapura
Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar terpilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada 2021 World Airport Awards.

Korea Selatan sahkan berada dalam gelombang kedua jangkitan COVID-19
Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengesahkan mereka kini berada dalam gelombang kedua wabak COVID-19.

Wanita warga Taiwan dihantar pulang enggan jalani kuarantin di Korea Selatan
Seorang wanita Taiwan diusir dari Korea Selatan selepas enggan tinggal di kemudahan kuarantin.

GM Korea henti sementara pengeluaran akibat kekurangan alat ganti
Kilang utamanya di Bupyeong, Incheon, di barat Seoul, ditutup pada 17 dan 18 Feb kerana kekurangan peralatan termasuk wayar kabel abah-abah.

YouTuber ini dikecam teruk selepas menzalimi anjingnya sendiri
YouTuber yang dikenali sebagai Suh itu telah mengejutkan orang ramai selepas memukul dan melontar anjing peliharaannya.

Malaysia mampu perbaiki pencapaian di Incheon
Selepas mengumpul 13 pingat emas pada hari keenam, Malaysia akan meneruskan misi memburu emas menerusi atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli dan pelari 1,500m, Muhamad Ashraf Hisham.

Peningkatan suhu bumi ancaman kepada penduduk dunia
Baru-baru ini, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengunjurkan peningkatan suhu bumi sehingga 2 darjah celcius.