TERPISAH dengan jarak 5,715 kilometer dari Kuala Lumpur hingga ke Beijing memang membuatkan sesiapa sahaja rindu kepada kampung halaman.
Apatah lagi ketika negara bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke-65 Rabu ini.
Bak kata pepatah, 'Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri' rasa cinta dan kasih kepada negara sendiri melebihi segalanya.
Bagi kira-kira 4,000 warganegara Malaysia yang kini berada di tanah besar China, sambutan hari kemerdekaan adalah waktu yang amat dinantikan.
Ini kerana, hari kemerdekaan merupakan satu-satunya acara yang boleh atau mampu menyatukan semula warganegara Malaysia sama ada pekerja atau pelajar di sini.
Bukanlah satu perkara yang mudah untuk mengumpulkan penduduk Malaysia dengan jumlah yang agak ramai di sini, tambahan lagi dengan prosedur ketat disebabkan dasar sifar Covid-19 yang dilaksanakan.
Disebabkan itu, penulis dimaklumkan bahawa sekitar 150 warganegara sahaja yang dapat hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 tersebut.
Meskipun hanya 150 orang, ia tidak menjadi penghalang untuk pihak Kedutaan Besar Malaysia di China untuk melakukan persediaan bagi memastikan ia berlangsung dengan gilang-gemilang.
Malahan, sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini difahamkan akan diadakan secara besar-besaran berbanding pada tahun sebelumnya.
Ini kerana, Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata, mengikut budaya yang diamalkan di China, setiap sambutan yang berakhir dengan kosong atau lima seperti 60 atau 65, ia perlu dilakukan lebih meriah dari tahun sebelumnya.
“Berbeza pula keadaannya di Malaysia, selalunya dalam apa-apa sambutan besar-besaran hanya akan diadakan pada setiap 10 tahun sahaja.
“Disebabkan kami berada di China sekarang, kami akan mengikut budaya turun-temurun ini. Jadi, sambutan kali ini sudah semestinya akan menjadi meriah,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada tahun ini, sambutan tersebut tidak akan dilaksanakan di bangunan kedutaan, tetapi akan dilakukan di sebuah hotel terkemuka di Beijing.
“Tahun ini, sambutan akan dihadiri oleh 400 tetamu dan 150 daripadanya adalah rakyat Malaysia yang berada di China termasuk dari pihak kedutaan.
“Bagi pelajar, yang akan datang hanya mereka yang belajar berdekatan dengan kawasan ini sahaja.
“Kalau di wilayah lain agak sukar kerana mereka perlu kuarantin,” jelasnya.
Selain itu, antara sebab lain sambutan itu diadakan secara besar-besaran adalah bagi memperkenalkan budaya dan makanan kepada penduduk China.
Oleh yang demikian, Sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 tampil berbeza apabila pihak kedutaan menganjurkan Festival Malaysia Truly Asia yang telah dilancarkan pada 15 Ogos lalu.
Ia bermula dengan Majlis Pelancaran Festival Malaysia Truly Asia 2022 dan diikuti dengan Forum Kesihatan dan Pemakanan Minyak Sawit ke-17.
Lebih menarik lagi, pihak kedutaan turut menganjurkan Salun Seni Peranakan, Pameran Seni Peranakan dan Festival Minggu Makanan Malaysia Truly Asia yang boleh dihadiri oleh penduduk China.
Bagi Festival Minggu Makanan Malaysia yang bermula pada 25 Ogos sehingga 30 Ogos, terdapat kira-kira sehingga 50 menu dihidangkan kepada pelanggan yang membuat tempahan.
Semasa pelancaran Festival Minggu Makanan Malaysia, penulis sempat bertanya beberapa soalan kepada penduduk di China. Pelbagai respons positif yang diterima.
Antaranya, salah seorang penduduk di Beijing, Zhou Sin, 55, meluahkan rasa terujanya apabila dapat menikmati makanan Malaysia seperti nasi lemak, nasi campur, rendang, sate dan durian.
Oleh itu, dia berasa tidak sabar untuk berkunjung ke Malaysia apabila sempadan dibuka semula dan keadaan Covid-19 kembali pulih seperti sedia kala.
“Semua makanan Malaysia saya telah cuba. Saya sangat teruja apabila merasainya. Kari ayam, kari ikan itu antara makanan kegemaran saya. Sangat sedap.
“Kawan saya juga ada perkenalkan saya dengan durian. Sememangnya sedap dan semestinya saya akan makan lagi,” jelasnya.
Penulis berpendapat bahawa inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kedutaan Malaysia di China merupakan satu perkara yang baik dan perlu dicontohi.
Ini kerana, nama Malaysia akan lebih dikenali dan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara. - Sinar Harian
*Nazrin Zulkafli merupakan wartawan Sinar Harian yang kini sedang menyertai program Pusat Komunikasi Media Antarabangsa China (CIPCC) di Beijing, China.
Sinar Harian
Mon Aug 29 2022
Menu makanan Malaysia menerima sambutan positif di China. Gambar kecil: Raja Nushirwan. - Foto Sinar Harian
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 Nov lepas melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
PM adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom (UK) dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
12 pesakit dari Gaza dipindahkan ke Eropah untuk terima rawatan
Diiringi 35 ahli keluarga, pesakit dari Gaza itu tiba di Albania, Perancis, Norway dan Romania semalaman untuk mendapatkan rawatan khusus di negara berkenaan.
120 penduduk dipindahkan selepas tahap amaran Gunung Ibu dinaikkan kepada ancaman tertinggi
Penduduk itu termasuk 63 keluarga, terdiri daripada 46 kanak-kanak, 11 bayi, 21 warga emas dan 42 dewasa dari enam kampung di mukim Ibu.
Polis siasat penemuan mayat bayi masih bertali pusat di Rawang
Mayat bayi perempuan yang tiada pengenalan diri itu ditemukan oleh seorang ahli kariah Surau Al-Hidayah Kampung Melayu di Pekan Rawang.
Beberapa jalan di ibu negara ditutup bermula esok bagi raptai sambutan Hari Kebangsaan
Beberapa jalan di ibu negara akan ditutup bermula pukul 6.30 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi laluan kepada sesi raptai acara sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Malaysia's Virtual National Day Reception 2020: Konsert khas sempena Hari Kebangsaan
Ia bertujuan bagi menyemarak sambutan bulan kemerdekaan yang akan diadakan secara dalam talian pada pukul 3 petang esok.
Tuah diberi nama Merdeka, dapat makan percuma
"Selepas saya menyebut Merdeka...Merdeka...Merdeka...pemilik kedai itu pun minta saya order apa sahaja, beliau akan belanja."
Semangat patriotisme tinggi semarak sambutan kemerdekaan negara ke 56
Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 di Dataran Merdeka hari ini diadakan dengan penuh kemeriahan.