BANGKOK: Malaysia akan terus memanfaatkan inovasi digital untuk intervensi dasar yang lebih baik dan mempertingkatkan program perlindungan sosial bagi mencapai agenda pembangunan mampan.
Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata dedikasi Malaysia terhadap agenda pembangunan mampan adalah sejak pelancaran Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dalam tahun 1970-an yang memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat.
"Pencapaian SDG (Matlamat Pembangunan Mampan) memerlukan kerjasama serantau yang kuat dan perkongsian yang membawa perubahan serta Malaysia menyeru supaya sokongan dan bantuan untuk negara membangun ditingkatkan menerusi pembiayaan yang mencukupi, pengetahuan teknikal, pemindahan teknologi dan pembinaan keupayaan yang berterusan," katanya.
Hanifah Hajar berkata demikian dalam rakaman video beliau yang ditayangkan ketika Sesi Ke-80 Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik (ESCAP 80), di sini pada Isnin.
Beliau berkata pendekatan menyeluruh negara yang merangkumi proses membuat keputusan dan tindakan susulan penting untuk membawa SDG kepada satu agenda yang sama.
"Di Malaysia Perdana Menteri mempengerusikan Majlis SDG mewakili badan tadbir urus tertinggi untuk mengemudi pelaksanaan SDG dengan penyertaan sektor awam dan swasta, organisasi masyarakat madani dan ahli akademi," katanya.
Beliau berkata strategi yang sedang dijalankan sekarang untuk mewujudkan persekitaran memboleh untuk ekonomi digital dan usaha ini termasuk mengembangkan pendigitalan, mengukuhkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan serta memupuk pengkomersialan dan inovasi.
"Inisiatif adalah sejajar dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA).
Ekonomi digital dan e-dagang dijangka menyumbang masing-masing 25 peratus dan 15.7 peratus KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) menjelang 2025," katanya.
Dalam mengiktiraf kepentingan kesalinghubungan, Hanifah Hajar berkata Malaysia mewartakan perkhidmatan komunikasi sebagai utilti awam pada Jun 2021 bagi memastikan akses kepada semua individu dan perniagaan, dengan sasaran mencapai liputan 100 peratus 4G di kawasan berpenduduk dan kelajuan jalur lebar boleh alih kepada 100 megabit sesaat (Mbps) menjelang 2025.
"Government Technology (GovTech) diperkenalkan untuk meningkat penyampaian perkhidmatan awam, menambah baik tadbir urus dan menyediakan perkhidmatan berpaksikan rakyat yang boleh diakses dari seluruh dunia. Inisiatif seperti pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) dan Identiti Digital Malaysia (MyDigital ID) menunjukkan lagi komitmen kepada pendigitalan," katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin merasmikan ESCAP 80 di Pusat Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini.
Bertemakan "Memanfaatkan Inovasi Digital Untuk Pembangunan Mampan di Asia dan Pasifik", persidangan ini menghimpunkan pemimpin kerajaan dan menteri dari seluruh Asia dan Pasifik serta pihak-pihak berkepentingan yang lain untuk membincangkan bagaimana inovasi digital boleh menyumbang kepada pencapaian SDG merentas pelbagai disiplin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024

Hanifah berkata dedikasi Malaysia terhadap agenda pembangunan mampan adalah sejak pelancaran DEB dalam tahun 1970-an yang memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat. - Gambar fail/BERNAMA

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.
Pastikan kod QR tiket bas tersedia untuk Kelancaran pulang beraya
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan kod QR perlepasan tersedia selepas tiket bas dibeli secara atas talian bagi memudahkan proses berlepas di pintu kawalan masuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi pulang beraya pada aidilfitri kelak.

Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini menumpukan siasatan bagi mengenal pasti sumber asal atau individu yang merakam video terbabit.
Lima video 'Deepfake' janaan ai berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Lima video deepfake yang menggunakan teknologi AI untuk menyebarkan penipuan pelaburan dikesan pihak polis sejak 2024.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.

Kehidupan keluarga Cristiano Ronaldo terganggu oleh siri ancaman
Cristiano Ronaldo dan teman wanitanya telah mengupah pengawal peribadi tambahan dan berpindah ke rumah baharu selepas menerima beberapa siri ancaman.

ESCAP 80: Malaysia tekankan komitmen kepada pembangunan mampan sejak dahulu lagi
Malaysia akan terus memanfaatkan inovasi digital untuk intervensi dasar yang lebih baik dan mempertingkatkan program perlindungan sosial bagi mencapai agenda pembangunan mampan.