KUALA LUMPUR: Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini, sekali gus membezakan antara citizen journalist atau wartawan warga dengan pengamal media yang sebenar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata kepesatan teknologi ketika ini menyaksikan pengamal media sering dibanding-bandingkan dengan media sosial dan wartawan warga yang sering kali berada di lokasi bagi membuat rakaman dan siaran langsung - bertindak seolah-olah sebagai wartawan sebenar yang berada di lapangan.
"Bagaimanapun, kita semua sedia maklum untuk jadi wartawan tidak cukup sekadar muat naik hantaran melalui Facebook atau membuat siaran langsung dalam TikTok. Ada disiplin, ada rukun, ada etika kewartawanan yang perlu dipatuhi.
"Di sinilah bagi saya, bagi pihak kerajaan dan kementerian ini khususnya yang ingin kita teguhkan ialah aspek etika kewartawanan itu," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakan Strategik HAWANA 2024 di Wisma Bernama di sini hari ini.
Fahmi berkata sehubungan dengan itu, Kod Etika Kewartawanan Malaysia versi baharu yang dilancarkannya Februari lepas amat bertepatan dengan situasi semasa dunia kewartawanan, tanpa mengganggu gugat, mengongkong atau menyekat kebebasan bersuara wartawan dalam membuat pelaporan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin dan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon.
Sementara itu, Fahmi berkata Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan pada tahun lepas telah membantu meringankan beban 58 pengamal media yang keuzuran dan memerlukan bantuan setakat ini.
Fahmi turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan kesudiannya untuk hadir dan seterusnya merasmikan Majlis Kemuncak HAWANA 2024 pada 27 Mei ini.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita Fahmi berkata pihaknya dalam proses untuk mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan bagi penggubalan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia sebelum ia boleh dibawa ke Parlimen.
Katanya, beliau telah meminta Teo dan penasihat undang-undang kementerian bagi melihat secara terperinci beberapa aspek dan proses itu dijangka mengambil sedikit masa.
Nur-ul Afida dalam ucapannya pula menzahirkan penghargaan kepada semua rakan strategik yang memberikan kerjasama dan sokongan kepada penganjuran HAWANA 2024.
Beliau turut mengalu-alukan syarikat dan organisasi lain yang berminat untuk menjadi rakan strategik bagi sambutan HAWANA 2024, sebagai tanda pengiktirafan sumbangan pengamal media di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Majlis Bersama Rakan Strategik Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Wisma Bernama hari ini. - Foto BERNAMA
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan
Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
Demi keselamatan dan keharmonian negara, Akta Hasutan terus kekal - Shamsul Anuar
Rakyat bagaimanapun masih mempunyai kebebasan bersuara dan mengkritik kerajaan seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan
Pelesenan media sosial: Kebebasan tanpa sempadan hanya mengundang malapetaka - Fahmi
Pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial bukan bermakna kerajaan akan menapis internet.
Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
Penguatkuasaan kerangka pelesenan terhadap penyedia platform media sosial tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut, menurut Kementerian Komunikasi.
Kebebasan bersuara: Zambry minta universiti awam dikecualikan daripada Akta 605
Beberapa cubaan telah dilakukan sebelum ini namun masih belum berjaya meskipun terdapat 12 institusi dikecualikan dalam akta berkenaan.
Parlimen: Bebas anjur perhimpunan aman, namun mesti ikut peraturan - Shamsul Anuar
Kerajaan memberi hak dan kebebasan bersuara di semua peringkat, termasuk menganjurkanperhimpunan aman, namun ia mesti mematuhi peraturan ditetapkan.
Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry
Kebebasan bersuara golongan ahli akademik tetap akan dipertahankan selagi ia berasaskan kepada fakta yang tepat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
X dibenar beroperasi semula di Brazil selepas akur permintaan mahkamah
X akhirnya tunduk dengan melantik wakil dan membayar denda selepas akaun Starlink dibekukan.