KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor pertama Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).
Menurut kenyataan UKKM, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Suriani Ahmad dan Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun turut dimasyhurkan sebagai Pro Canselor universiti berkenaan dalam majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Ewon berkata UKKM ditubuhkan pada 2022 bagi mengisi jurang kekurangan tenaga mahir dan berpendidikan tinggi dalam sektor koperasi yang memainkan peranan amat penting dalam pembangunan ekonomi negara.
"Dengan wujudnya universiti ini, kita dapat menyediakan platform untuk melahirkan usahawan dan pengurus koperasi yang berkaliber tinggi, kompeten dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa," katanya.
Ewon berkata UKKM menyediakan kurikulum yang komprehensif dan relevan serta seiring dengan keperluan industri bagi memastikan graduan yang dilahirkan mampu membawa perubahan positif dan signifikan terhadap gerakan koperasi di Malaysia.
Menurut Ewon, pengajian di UKKM turut melibatkan pembelajaran dan pengalaman praktikal kepada para pelajar dengan sesi latihan industri di koperasi terpilih pada semester akhir.
"Ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran mereka tetapi juga memastikan mereka bersiap sedia untuk berada di lapangan dan menghadapi cabaran dalam industri koperasi," katanya.
Beliau turut mengalu-alukan semua agensi di bawah KUSKOP terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan koperasi premier seperti Bank Rakyat dan Co-opbank Pertama serta koperasi dalam kelompok 100 terbaik untuk memberi sokongan kepada UKKM dari segi pelaburan, penajaan pembiayaan pembelajaran dan penempatan latihan industri.
Ewon turut mengumumkan beberapa inisiatif penting yang dilaksanakan UKKM, antaranya penglibatan universiti itu dalam projek rintis Program Menoktahkan Kemiskinan di Sabah dengan menerima 20 pelajar bagi setiap ambilan untuk program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bermula Julai tahun ini.
Pada majlis itu, UKKM turut menyampaikan penajaan kepada pelajar dari Palestin untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dan mereka juga merupakan ambilan pertama pelajar antarabangsa di universiti tersebut.
Surat tawaran pengajian tersebut diserahkan oleh Ewon kepada Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali sebagai simbolik.
Turut diadakan adalah simbolik pelancaran program PhD dan Programe for Executive (P4E) yang akan bermula Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor pertama Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas
KUSKOP menyalurkan pembiayaan berjumlah RM346.28 juta kepada 9,937 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi di Negeri Sembilan sepanjang 2024.

Kadar NPL Tekun Nasional turun kepada sembilan peratus - Ewon
Kutipan semula kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) berjaya diturunkan kepada sekitar sembilan peratus setakat ini.

Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Agung PH Sabah pada Ahad.

Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan - KUSKOP
Hab PMKS di Sabah dan Sarawak akan bertindak sebagai platform pusat maklumat sehenti bagi PMKS memperoleh pelbagai maklumat perniagaan.

KUSKOP, QSB berpotensi jalin kerjasama majukan PKS di Sabah - Ewon
Bagi merealisasikan kerjasama, QSB disarankan menjadi syarikat vendor berdaftar dengan KUSKOP.

Kajian pelaksanaan dilakukan bagi teruskan PROTEGE dalam RMK13 - Ewon
Ewon Benedick berkata dapatan daripada kajian mengenai PROTEGE itu adalah penting bagi membolehkan kementeriannya meneruskan program itu dalam RMK13.

Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.

TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon
TEKUN Nasional salur pembiayaan sebanyak RM98.9 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah pada tahun ini.

14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.

21 peratus rakyat Malaysia sertai koperasi tahun lepas - Ewon
Sumbangan gerakan koperasi melalui pengumpulan modal syer dan yuran adalah RM17.45 bilion dan penjanaan aset pula berjumlah RM165.9 bilion.