IPOH: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Gunung Rapat, dekat sini mengalami kecederaan dipercayai dibuli seorang pelajar lelaki senior Tingkatan Lima, pada Isnin.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah yang mengesahkan kejadian itu berkata satu laporan polis telah dibuat penjaga mangsa di Kuala Lumpur pada hari kejadian.
Beliau bagaimanapun berkata pihaknya masih menunggu laporan lanjut daripada Jabatan Kesihatan bagi mengenal pasti tahap kecederaan yang dialami mangsa.
“Saya difahamkan pihak penjaga telah membawa mangsa pulang ke rumah bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan diberi cuti atas faktor keselamatan.
“Selain itu saya juga difahamkan dalam kejadian berkenaan, mangsa telah ditendang dan dipijak (oleh pelajar senior), dan kedua-dua mereka ini merupakan atlet sepak takraw,” katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Khairudin berkata pihaknya juga masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa dan pihak sekolah bagi tindakan lanjut terhadap pelajar yang memukul mangsa.
Beliau juga yakin pihak pengurusan sekolah telah mengambil tindakan awal dan susulan sebagai usaha mencegah kejadian sama daripada berulang.
“Pihak sekolah telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) tertentu untuk menyelesaikan atau menyiasat kes ini.
“Saya difahamkan pihak sekolah pun telah pun mendapat laporan penuh daripada mangsa dan juga pelaku. Dan kita tunggu laporan penuh itu untuk kita memastikan kronologi kejadian buli itu,” jelasnya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Jul 26 2023
![Exco Perak sahkan atlet Tingkatan Tiga ditendang, dipijak senior Exco Perak sahkan atlet Tingkatan Tiga ditendang, dipijak senior](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687332650_TBKhairudinAbuHani.jpg)
Khairudin berkata pihaknya masih menunggu laporan lanjut daripada Jabatan Kesihatan bagi mengenal pasti tahap kecederaan yang dialami mangsa. - Gambar fail/BERNAMA
![Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739595287_TBZaliha.jpg)
Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.
![Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739597935_TBbotterbalik.jpg)
Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas
Seorang pemuda dikhuatiri lemas manakala tiga lagi ahli keluarganya terselamat selepas bot digunakan mereka untuk menjala terbalik di Jasin.
Hampir 10,000 kakitangan agensi kerajaan dipecat pentadbiran Trump
Kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk untuk mengurangkan birokrasi negara itu secara ketara menyaksikan pemecatan hampir 10,000 kakitangan kerajaan Persekutuan.
AWANI Ringkas: Isu hal ehwal agama bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739591642_AgoDagangJejakHa.jpg)
Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang
Maklum balas itu bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang mencadangkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.
![‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM ‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739596349_AnwarIbrahimPecah.jpg)
‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.
![Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739595217_ArneSlot.jpg)
Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot
Arne Slot berasakan emosinya lebih baik sejurus dilayangkan kad merah selepas seri 2-2 dengan Everton.
![Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739593802_norshamira.jpg)
Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan
Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.
![UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593528_KylianMbappe.jpg)
UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis
Didier Deschamps mengesahkan penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe akan kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan Perancis.
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Pelakon, Siti Saleha hari ini sah menjadi isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
![Polis hampir lengkapkan siasatan kes pelajar sekolah berasrama penuh dibuli - Allaudeen Polis hampir lengkapkan siasatan kes pelajar sekolah berasrama penuh dibuli - Allaudeen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704540420_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Polis hampir lengkapkan siasatan kes pelajar sekolah berasrama penuh dibuli - Allaudeen
Setakat ini, Polis Kuala Lumpur telah merakam percakapan seramai 35 individu termasuk pelajar sekolah itu yang didakwa menjadi mangsa buli.
![Polis akan ambil keterangan pelajar dakwa dibuli dalam masa terdekat Polis akan ambil keterangan pelajar dakwa dibuli dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696230820_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Polis akan ambil keterangan pelajar dakwa dibuli dalam masa terdekat
Polis akan mengambil keterangan seorang pelajar lelaki 14 tahun yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah, kerana mendakwa tidak tahan dibuli, dalam masa terdekat.
![Exco Perak sahkan atlet Tingkatan Tiga ditendang, dipijak senior Exco Perak sahkan atlet Tingkatan Tiga ditendang, dipijak senior](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687332650_TBKhairudinAbuHani.jpg)
Exco Perak sahkan atlet Tingkatan Tiga ditendang, dipijak senior
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Gunung Rapat, dekat sini mengalami kecederaan dipercayai dibuli seorang pelajar lelaki senior tingkatan lima, pada Isnin.
![Pelajar cedera dibuli rakan Pelajar cedera dibuli rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666409299_KesBuliTular.jpg)
Pelajar cedera dibuli rakan
Mangsa turut mengalami kecederaan ringan pada pipi akibat dipukul.
![Amaran keras: Usah sebar video pelajar dibuli - MCMC Amaran keras: Usah sebar video pelajar dibuli - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61551351172_MCMC.jpg)
Amaran keras: Usah sebar video pelajar dibuli - MCMC
(MCMC) hari ini memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan rakaman video seorang pelajar dibuli oleh sekumpulan pelajar lain yang sedang tular di laman sosial.