SHANGHAI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu diaspora Malaysia di bandar raya ini bertindak sebagai jambatan menghubungkan rakyat kepada rakyat dengan membantu meningkatkan pemahaman dalam aspek silang budaya dan fabrik sosial antara masyarakat di seluruh dunia.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, terdapat pelbagai cara untuk diaspora memanfaatkan bakat mereka biarpun dari luar negara.
"Saya difahamkan bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang bermastautin di China yang telah lama menyumbang kepada hubungan mesra antara kedua-dua negara.
"Saya turut dimaklumkan bahawa rakyat Malaysia di sini, individu dan secara berkumpulan sama-sama memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada konsulat dan antara satu sama lain ketika pandemik (COVID-19) di Shanghai, selain mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan," katanya berucap pada Majlis ramah Mesra dengan diaspora Malaysia, di sini, pada Selasa.
Turut hadir Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin; Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai, Syed Farizal Aminy Syed Mohamad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Kementerian Perladangan dan Komoditi, Abdul Hadi Omar.
Fadillah turut memaklumkan kepada 160 hadirin pada majlis itu mengenai usaha kerajaan dalam meningkatkan pembangunan ekonomi dengan memperkenalkan beberapa dasar antaranya Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) bagi memacu ekonomi negara.
Selain itu, beliau turut menerangkan mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang memberi keutamaan dan penekanan terhadap dasar yang mengambil kira tadbir urus dan akauntabiliti.
Fadillah kini dalam lawatan rasmi pertamanya ke China dari 12 hingga 19 Nov ini.
- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023

Datuk Seri Fadillah Yusof bergambar kenangan dengan sebahagian daripada diaspora Malaysia yang menetap di Shanghai pada majlis ramah mesra yang diadakan pada Selasa. - Gambar BERNAMA

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Fahmi bertemu pelajar, diaspora Malaysia di Turkiye
Menteri Komunikasi yang dalam rangka lawatan kerja ke Turkiye, menghadiri sesi perjumpaan dengan pelajar dan diaspora Malaysia di negara itu malam tadi.

Agong berkenan luang masa bertemu diaspora Malaysia di China
Lebih 300 diaspora Malaysia yang hadir antaranya ahli perniagaan, penuntut universiti dan warga kedutaan Malaysia ke China.

PM Anwar adakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di New Delhi
Beliau menekankan keperluan Malaysia membuat beberapa keputusan yang tidak popular untuk mengelak kekayaan negara daripada dieksploitasi pihak luar.

Fadillah mahu diaspora Malaysia di Shanghai jadi jambatan penghubung rakyat
Terdapat pelbagai cara untuk diaspora memanfaatkan bakat mereka biarpun dari luar negara, kata Timbalan Perdana Menteri.

Pemakaian batik kukuhkan identiti negara - Nik Nazmi
Beliau berkata perubahan kod etika pakaian penjawat awam yang baharu diumumkan praktikal kerana pemakaian sut dan tali leher merupakan warisan kolonial yang tidak lagi logik disebabkan suhu premis.

Kadar penghijrahan cendekiawan Malaysia 5.5 peratus, lebih tinggi daripada kadar purata seluruh dunia - Sivakumar
Seramai 1.86 juta rakyat Malaysia menetap di luar negara, dan 1.13 juta daripada jumlah itu menetap di Singapura.

Kerjasama lebih rapat dengan Thailand demi manfaat kedua-dua negara - PM Anwar
Kerjasama lebih rapat dengan negara jiran Thailand diperlukan bagi memperhebatkan beberapa bidang dalam negara disamping dilihat dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.

Agong berkenan ke majlis santapan bersama diaspora Malaysia di Qatar - Istana Negara
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah diiringi Tengku Arif Bendahara Pahang dan Tengku Arif Temenggung Pahang.

Syarikat, diaspora Malaysia sumbang RM228,000 kepada mangsa gempa bumi Cianjur
Sumbangan wang tunai diterima daripada Malaysia Club Jakarta yang dianggotai diaspora Malaysia di Jakarta.

Emir Qatar berminat terhadap Sidang Kemuncak KL
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu dinyatakan ketika beliau menghadap dan mengadakan pertemuan empat mata dengan Emir Qatar di Amiri Diwan pada Khamis.