Skip to main content

Malaysia

Fahmi ucap takziah atas pemergian pelakon Cico Harahap

Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat dan mendoakan agar roh Allahyarham Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin (Cico) dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman. -Facebook
Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat dan mendoakan agar roh Allahyarham Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin (Cico) dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman. -Facebook
Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai pelakon Cico Harahap, atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga serta sahabat handai Allahyarham Cico Harahap (Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin) atas pemergian beliau.

Advertisement

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Advertisement

Anak lelaki penyanyi veteran Uji Rashid itu meninggal dunia di Hospital Ampang di sini pada 11 pagi.

Sepanjang penglibatannya dalam industri seni, Cico Harahap pernah membintangi pelbagai filem dan drama antaranya Mami Jarum, Mistik, Potret Mistik, Dollah Superstar dan Jutawan Fakir.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement