KUALA LUMPUR: Jualan Semarak Syawal Agro Madani diadakan di seluruh negara hingga menjelang sambutan Aidilfitri ini, bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan perayaan.
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Abdul Rashid Bahri berkata jualan itu yang bermula Rabu lepas, diadakan di 753 cawangan pemasaran FAMA seperti Pasar Tani, Agrobazaar Rakyat dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).
Beliau berkata majlis pelancaran jualan di peringkat kebangsaan pula akan dirasmikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di Pasar Tani Taman Sri Andalas, Klang, Selangor, esok.
"Penganjuran program bukan sahaja memberi peluang pasaran tambahan kepada usahawan untuk meningkatkan pendapatan sempena musim sambutan Aidilfitri, malah membolehkan pengguna membeli barangan keperluan pada harga berpatutan, sekali gus memperlihatkan ketersediaan bekalan agromakanan, adalah mencukupi.
"Selain barangan segar seperti daging, ayam dan sayur-sayuran, pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan bekalan juadah Aidilfitri seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih-muih untuk keperluan hari raya, yang turut dijual," katanya dalam kenyataan selepas melancarkan program Jualan Agro Madani Edisi Pra-Syawal di Ibu Pejabat FAMA hari ini.
Abdul Rashid berkata FAMA akan memastikan bekalan barangan di setiap lokasi penganjuran itu akan mencukupi dan oleh itu, pengguna tidak perlu berasa khuatir untuk mendapatkan barangan keperluan tersebut.
Beliau berkata sehingga 31 Mac, program Jualan Agro Madani telah dilaksanakan di 1,737 lokasi di seluruh negara, melibatkan kira-kira 21,806 usahawan tempatan serta membawa nilai penjimatan kira-kira RM10.5 juta kepada pelanggan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024

FAMA akan memastikan bekalan barangan di setiap lokasi penganjuran itu akan mencukupi dan oleh itu, pengguna tidak perlu berasa khuatir untuk mendapatkan barangan keperluan tersebut. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi menjelang Ramadan ini, susulan langkah intervensi yang telah diambil bagi mengatasi isu berkenaan.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.

Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan
Antara bantuan yang diberikan Mardi dan FAMA ialah khidmat rundingan berhubung pengendalian lepas tuai.

Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.

MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.

FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.

FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024
Sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.

FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU
FAMA dengan kerjasama TikTok Shop menganjurkan Kursus Upskilling Live Marketing bagi meningkatkan kemahiran usahawan OKU dalam pemasaran digital bermula Jumaat hingga Ahad lepas.

Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung.