KUALA TERENGGANU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan untuk membuka 14 lokasi pasar tani baharu di seluruh negara tahun ini.
Pemangku Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata setakat ini lima pasar tani baharu telah dibuka kepada orang ramai selepas kajian daripada semua aspek dijalankan.
"Sebelum membuka satu-satu outlet baharu, FAMA akan buat kajian pasaran yang mengambil kira faktor kepadatan penduduk, bilangan pasar raya berhampiran, kuasa beli penduduk dan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Selain itu ia juga bergantung kepada bajet dan kesesuaian tapak untuk pembukaan outlet untuk program pemasaran.
"Setakat ini terdapat 250 pasar tani di seluruh negara," katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Sokongan Pemasaran usahawan Negeri Terengganu di Pejabat FAMA Terengganu di sini, semalam.
Seramai 12 usahawan menerima sumbangan dalam pelbagai bentuk termasuk Geran Agropreneur Muda dan peralatan mesin yang berjumlah RM200,000.
Dalam pada itu Abdul Rashid berkata FAMA juga sentiasa memberi ruang kepada usahawan atau petani memasarkan produk mereka di fasiliti milik agensi berkenaan.
Menurut beliau FAMA mempunyai pelbagai kaedah pemasaran termasuk outlet, pasar tani, pasar tani kekal, Agro Bazar Online dan rakan pemasaran strategik lain yang efektif dan boleh disesuaikan dengan apa juga bentuk perniagaan.
"Peluang untuk petani atau usahawan memasarkan produk mereka memang sentiasa kita buka. Tak kiralah musim panas ke..hujan atau apa-apa musim.
"(Petani atau usahawan) boleh datang jumpa dan kami akan nasihatkan apa program pemasaran sesuai buat mereka," katanya pada program yang turut dihadiri Pengarah FAMA Terengganu Nukman Hashim.
Selain itu katanya para petani atau usahawan juga boleh menggunakan perkhidmatan bilik sejuk FAMA di 40 pusat operasi untuk tujuan penyimpanan produk berlebihan pada kadar sewa yang berpatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023

Abdul Rashid (tiga, kanan) menyerahkan Insentif Program Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran FAMA kepada usahawan, Muhamad Ariff Amirul Yap Seng Hock (dua, kiri) pada majlis di Pejabat FAMA Terengganu, Kuala Terengganu, 21 Mei 2023. --fotoBERNAMA

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

Kes pukul OKU: Perbuatan tidak wajar, perlu diambil tindakan - Fahmi
Fahmi menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan kandungan media sosial dan platform lain yang sering menjadi lubuk sebaran maklumat palsu.

Persatuan OKU Sentral harap tindakan keras terhadap pelaku kes pukul di Terengganu
Persatuan OKU Sentral berharap pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap mereka yang terlibat kes pukul seorang lelaki OKU.

Polis minta orang ramai henti tular video OKU dipukul
Polis meminta orang ramai supaya berhenti menularkan video yang memaparkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Jumaat lepas.

Pembangunan semula KSSA: Pasar Tani Stadium Shah Alam masih beroperasi
Buat masa ini lokasi pasar tani itu dialihkan sedikit dari tapak biasa namun masih di dalam pekarangan Stadium Shah Alam.

FAMA anjur Karnival Agro MADANI di enam lokasi tahun ini
Enam lokasi itu ialah PTK Seberang Jaya, PTK Chukai, PTK Chini Pekan, PTK RTC Kelantan, PTK Datin Halimah di Johor dan PTK Changlun.

FAMA sasar nilai jualan pasar tani RM8 juta tahun ini
FAMA Melaka sasar nilai jualan pasar tani sebanyak RM8 juta tahun ini di samping akan menambah dua lagi tapak baharu iaitu di Taman Maju Jasin dan Ayer Molek.

FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu, naik taraf 40 pasar tani sedia ada
Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) menyasarkan untuk membuka 14 pasar tani baharu selain menaik taraf 40 pasar tani sedia ada dengan nilai jualan RM200 juta tahun ini.

FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu tahun ini
Setakat ini lima pasar tani baharu telah dibuka kepada orang ramai selepas kajian daripada semua aspek dijalankan.

Pasar tani bagi Jualan Khas Syawal Madani ditambah
Ini sebagai tambahan kepada 103 outlet yang diumumkan sebelum ini susulan permintaan ramai.