PUTRAJAYA: Sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Ogos ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Selain itu beliau berkata, keputusan berkenaan dicapai setelah pihak kerajaan berbincang dengan semua pemegang taruh (stakeholders) dalam sektor-sektor berkepentingan.
Kemudahan-kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuat kuasa 16 Ogos 2021, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1 ialah:
1. Kedai cuci kereta
2. Kedai elektrik dan elektronik
3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
4. Kedai perabot
5. Kedai peralatan sukan
6. Kedai aksesori kereta
7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
10. Kedai barang kemas
11. Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)
Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja), terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi.
Beliau berkata, ia termasuk memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan di antara pekerja dan pelanggan, serta tidak membenarkan penggunaan fitting room.
“SOP-SOP ini mungkin merumitkan tetapi ia demi keselamatan pekerja dan pelanggan," katanya lagi.
Selain itu Perdana Menteri berkata, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination).
“Ini bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
"Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos, dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos,” katanya lagi.
Bagaimana pun, Perdana Menteri berkata, penting untuk dijelaskan, kemudahan terbaharu yang yang diumumkan itu terpakai ke atas semua fasa PPN dengan syarat, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus.
Selain itu, katanya lagi, individu-individu yang ingin memanfaatkan kemudahan tersebut juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.
“Sebagai contoh, sehingga 14 Ogos 2021, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa (18 tahun ke atas) di Lembah Klang telah mencapai 64.7 peratus.
“Maka, individu yang telah lengkap vaksinasi di Lembah Klang boleh memanfaatkan kemudahan-kemudahan ini apabila kemudahan-kemudahan ini mula berkuatkuasa,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Aug 15 2021

Sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Ogos ini, umum perdana menteri. -Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MPN komited jana idea, strategi untuk pulihkan Malaysia
Meskipun kesihatan menjadi tumpuan paling utama namun sektor lain seperti pendidikan, ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat tidak langsung diketepikan bagi memulihkan negara.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik suku pertama 2022 - DOSM
Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik pada suku pertama 2022 berikutan peningkatan berterusan permintaan dan penawaran.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.

Pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran hampir 100 peratus - Nanta
Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara oleh 1.09 juta premis sektor perdagangan pengedaran di seluruh negara kini mencapai 99.9 peratus.

P.Pinang belum cadang wajibkan dos penggalak untuk solat jemaah
Pulau Pinang belum bercadang untuk mewajibkan hanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan menerima suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid atau surau.

154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.

Sekatan pergerakan? Tiada pusingan U, kata Muhyiddin
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu memberitahu, pengalaman sebelum ini ketika negara mendepani COVID-19 sudah memadai untuk kerajaan menguruskan situasi semasa.

PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar
Apa yang lebih penting kini adalah memastikan semua pelan di bawah PPN yang sedia ada diperkukuhkan dan mencapai objektif, sebelum pelan baharu dirangka.