JOHOR BAHRU:Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata fasiliti kementerian itu masih mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 di sebalik peningkatan mendadak kes semasa.
Bagaimanapun katanya kementerian akan mengaktifkan semula lebih banyak Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara bagi menempatkan pesakit berisiko rendah.
"Setakat ini, fasiliti KKM (Kementerian Kesihatan) masih mampu menampung peningkatan kes, namun kaedah ketat dalam melandaikan keluk COVID-19 perlu dilaksanakan segera," katanya pada sidang media bersempena Majlis Penyerahan Projek Naik taraf Pusat Pengumpulan Darah Fasa Dua di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.
Pada masa sama, Dr Adham berkata kerajaan juga perlu melihat pada kebajikan petugas perubatan barisan hadapan termasuk pakar pengendalian mesin ventilator yang kini bertungkus lumus menangani peningkatan mendadak kes.
"Ini kerana kita dapati kes pesakit COVID-19 yang menggunakan ventilator dan katil ICU (unit rawatan rapi) turut meningkat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Adham berkata jumlah penderma darah di seluruh negara menurun hingga 40 peratus pada tahun lalu iaitu hanya kira-kira 500,000 orang berbanding 743,739 pada 2019.
Penurunan ini berpunca daripada penularan pandemik COVID 19 menyebabkan masyarakat bimbang menderma dan menerima darah, katanya.
Selain itu, beliau berkata pembatalan program dan kempen menderma darah bagi mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan turut menyumbang kepada penurunan tersebut.
"Bagi memastikan stok bekalan darah mencapai tahap yang optimum, masyarakat dan badan bukan kerajaan diminta menggiatkan kembali aktiviti penganjuran kempen derma darah supaya dapat mencapai sasaran sebanyak 700,000 penderma darah tahun ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 09 2021

Kata Dr Adham, kementeriannya akan mengaktifkan semula lebih banyak Pusat Kuarantin dan PKRC di seluruh negara bagi menempatkan pesakit berisiko rendah. - BERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Saif Ali Khan dalam keadaan baik selepas pembedahan
Doktor di hospital turut memaklumkan bahawa Saif telah diberikan makanan seperti biasa.

'Peguam rakyat' Ahmad Zaharil di ICU, anak rayu sokongan, doa
Anak kepada peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, memohon doa orang ramai untuk kesihatan bapanya yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat.

Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Kejayaan itu dicapai di sebalik pasukan bergelut dengan kecederaan menimpa atlet dan jurulatih, memaksa perubahan saat akhir kepada rutin mereka.

Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.

Exco Pelancongan Perlis kembali bertugas seperti biasa - MB
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.

Suspek tikam ibu saudara masih di ICU, belum stabil - Polis
Suspek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang setelah mengadu pening kepala sebaik tangkapan dijalankan.

Lebih banyak RKI dibina dalam Parlimen Alor Gajah - Adly
Lebih banyak rumah baharu dan pembaikan rumah rosak atau uzur di bawah inisiatif RKI akan dilaksanakan dalam Parlimen Alor Gajah demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.

ADUN Mahkota dilapor dalam keadaan kritikal
Ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi tadi.

92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini
Sejumlah 92 projek pembangunan baharu di Kelantan berjumlah RM2.8 bilion diluluskan kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dimulakan tahun ini.